Isu Semasa

Tiada Bajet Hebatkan Perkembangan Islam Serta Akidah, Disaran Pakai Niat Sahaja!

Tidak dinafikan untuk setiap pergerakan dan usaha pada zaman ini, ia memerlukan wang ringgit untuk memastikan objektifnya tercapai.

Namun apabila sampai kepada hal-hal yang berkait dengan agama, duit tiba-tiba jadi macam tak penting dan cukuplah pakai niat sahaja.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin mendedahkan permasalahan ini bukanlah sesuatu yang baharu.

Seterusnya ia memberikan impak yang cukup negatif terutamanya dalam soal pengurusan melibatkan agama Islam dan akidah umatnya.

“Mengambil contoh kalau nak berjuang untuk mantapkan akidah umat Islam, bajet kita berapa ringgit? 

“Apatah lagi kalau nak banteras penyelewengan agama ini bajet kita berapa ringgit?” soal Zamihan berkali-kali.

Zamihan melontarkan persoalan demikian mengulas tajuk ‘Kerosakan Akidah & Perpaduan Ummah: Apa Puncanya?’ menerusi Perbincangan Rakyat Demi Malaiu.

Tegas Zamihan, agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri mainkan peranan yang cukup besar memelihara kesucian agama Islam.

“Sekiranya agensi agama tidak diberikan bajet yang besar untuk menjaga kesucian

akidah umat Islam, apa signifikannya?

“Hal ini jelas membuktikan bahawa kalau tiada duit, semua pegawai di agensi agama tidak boleh buat kerja,” katanya.

Dalam masa sama, Zamihan berpendapat soal menjaga kesucian agama Islam bukanlah kerja NGO atau individu semata-mata.

“Sampai bila kita nak harapkan NGO buat laporan polis? Takkan harapkan individu sahaja buat kenyataan akhbar atau kenyataan melalui media sosial.

“Jika hanya itu yang berlaku, semuanya lambat memberi kesan. Jadi jika serius menjaga kesucian ahlus sunnah wal jamaah, wajib ada satu peruntukan,” katanya.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker