Tular di media sosial mengenai penganjuran pesta ‘Thai Hot Guy’ yang bakal diadakan di ibu negara Kuala Lumpur pada 30 Mac 2023 ini.
Pesta Thailand Hot Spicy Sado Men itu dijadualkan akan datang ke Malaysia untuk berpesta bermula jam 6 petang sebelum seluruh umat Islam berbuka puasa.
Satu Laman Media di Facebook yang mempromosikan pesta berkenaan menyebut, “Thai Hot Guy di sebuah restoran seafood hangat di Thailand akan membawa pertunjukan lelaki pertama ke Malaysia untuk menyertai anda!”
“Kawan-kawan yang ingin dikelilingi lelaki-lelaki bersemangat, buat temu janji!”
Tinjauan penulis mendapati rata-rata netizen mengkritik dan mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mempromosikan budaya LGBT itu di dalam Malaysia.
Memandangkan, ianya akan dianjurkan di dalam bulan Ramadan, ada juga netizen yang memerli pihak penganjur dengan bertanyakan adakah buffet untuk berbuka puasa turut disediakan pada pesta tersebut selain bertanyakan harga untuk satu kepala.
Netizen juga sempat memerli Kerajaan Madani yang berkemungkinan akan ada menu Rahmah RM5 untuk satu kepala. “Kalau ada memang syabas lah! Ini baru betul-betul perpaduan.”
Sementara itu, seorang netizen dalam ciapannya di ruangan komentar laman sosial media berkenaan menulis “Pesta gayboy boleh pulak lulus. Bila ceramah agama perlukan tauliah. Payung emas takkan tak tahu dan senyap ja?”soalnya.
NGO Gesa Kerajaan Campur Tangan Hentikan Pesta LGBT!
Dalam pada itu, tampil beberapa NGO turut membantah acara itu termasuk NGO Pertubuhan Kebajikan Amal Penyatuan Tujuh (PKAP7) mendesak Kerajaan menghentikan segera penganjuran pesta yang bercanggah dengan norma negara yang bakal dianjurkan dalam bulan Ramadan tahun ini.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, PKAP7 mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya penganjuran program atau himpunan yang bertentangan dengan norma serta nilai ketimuran di Malaysia, terutamanya di saat Ramadan menjelang tiba.
Pertubuhan PKAP7 juga menggesa Kerajaan menerusi Kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya segera campur tangan berhubung isu ini sekali gus menghentikan segera penganjurannya demi menjaga imej ketimuran Malaysia dan memelihara prinsip Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
PKAP7 bersama rakan-rakan NGO lain menekankan bahawa mereka akan terus memantau aktiviti yang tidak sihat serta melampaui batas yang diuar-uarkan secara terbuka seperti ini malah, akan mengambil tindakan susulan sekiranya ia tidak dihentikan.