Mazhab Syafie tersebar ke banyak negara yang berdekatan dengan jalan laut termasuklah alam Melayu dan penyebaran ini dibawa oleh pedagang dari Oman-Yaman dari semenanjung Tanah Arab.
Ini kerana dari sudut geografinya, Oman bersebelahan dengan Yaman dan kedua-dua kawasan ini terletak berhampiran dengan laut, maka segala pergerakan orang Oman-Yaman adalah dengan kapal.
Menurut sejarah, masyarakat Oman-Yaman yang datang berdatang ke alam Melayu ini berpegang dengan ahlus sunnah wal jamaah dari sudut feqah, iaitu pandangan ramai ulama bagi sesuatu keputusan.
Bagaimana mazhab Syafie tersebar ke alam Melayu sebelum datangnya 'penjahat kulit putih'?
Ia tersebar melalui jalan laut. Kenapa jalan laut? Kerana ia disebarkan pedagang Oman-Yaman.
Orang-orang Oman-Yaman berpegang kepada ahlus sunnah wal jamaah dan mengikuti mazhab Syafie. pic.twitter.com/9ZXmTZRqIv
— Demi Malaiu (@DemiMalaiu) April 12, 2023
Islam adalah sebuah agama yang bertauhid kepada Tuhan yang satu iaitu Allah SWT dan dalam proses pengembangannya, ia sebuah ajaran yang membawa kedamaian.
Kena pula sejak zaman silam lagi, kebanyakan orang-orang dalam alam Melayu berpegang kepada agama hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS, iaitu berserah diri kepada Tuhan yang satu.
Maka segala-galanya menjadi mudah kerana orang-orang dalam alam Melayu tahu bahawa Islam datang menyempurnakan syariat yang dibawa oleh Nabi-nabi terdahulu.
Mentauhidkan diri kepada Tuhan yang satu bukanlah perkara baharu bagi orang-orang dalam alam Melayu dan disebabkan itulah Islam diterima secara aman tanpa ada pertumpahan darah.
Tonton video penerangan ringkas oleh Pengarah Maktab Penyelidikan Alam Melayu dan Islam, Dr. Hasanuddin Yusof di bawah:
@demi_malaiu Owh..Patut bangsa laut mazhab syafie
Sertai Whatsapp Sejarah Nusantara
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.