Sejarah

Terbongkar! Ini Sebabnya Ulama & Umara Pencetus Kegemilangan Sistem Beraja

Telah disebut dalam al-Quran, sebelum zaman Nabi Muhammad SAW lagi sistem beraja itu telah wujud sekian lama.

Maka tidak hairan apabila membaca al-Quran dan juga sirah nabawiyah, kita terdedah dengan beberapa nama raja.

Antaranya nama Raja Namrud, Raja Firaun serta Raja Sulaiman yang sangat hebat berkomunikasi dengan alam.

Menurut Mantan Professor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Supyan Hussin, ia juga termasuk perihal Raja Zulkarnain dan sistem beraja itu dianggap sebagai satu warisan.

“Oleh sebab itu masyarakat kita di alam Melayu ini masih mendengar perkataan raja, masih mendengar perkataan sultan dan gunakannya dalam sistem kita.

“Meskipun zaman Nabi Muhammad SAW tiada disebut perkataan raja atau sultan dalam kelompok bani Quraisy, mereka ada golongan pembesar,” katanya.

Supyan berkata demikian mengulas tajuk ‘Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta’ menerusi Perbincangan Rakyat Demi Melayu.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Ekskavasi Dan Akreditasi Warisan Malaysia (Pedawan) berkata, terdapat dua karakter penting yang perlu diketahui mengenai raja atau pun sultan ini.

“Terdapat dua karakter yang disebut dalam al-Quran mengenai kepimpinan ini iaitu yang pertama adalah umara dan yang kedua adalah ulama.

“Umara adalah pemimpin yang terdiri daripada golongan raja-raja manakala ulama pula adalah para imam yang membimbing kepada kehidupan manusia,” katanya.

Sehubungan itu, Supyan juga menjelaskan meskipun kebiasaannya nabi-nabi bergelar sebagai ulama, ada juga beberapa nabi lain memiliki gelaran tambahan umara.

“Allah SWT akan mengutuskan sesuatu kaum itu dengan seorang nabi untuk menjadi ulama dan umara dan ada juga yang Allah SWT utuskan untuk menjadi ulama kepada umara sedia ada.

“Misalnya Nabi Ibrahim diutuskan kepada Raja Namrud, Nabi Musa kepada Raja Firaun dan setelah Nabi Muhammad SAW wafat, berlaku revolusi besar dalam dunia kepimpinan.

“Sistem khalifah telah terbina dan sistem ini tersangatlah besar sehingga dikenali sebagai empayar, menguasai setiap daerah, negeri, negara, jajahan takhluk serta benua,” ujarnya.

Sehubungan itu dalam dunia Melayu ini kita tidak dapat lari daripada apa yang telah diwarisi dari sejak zaman dahulu lagi dan ia telah bermula awal, bukan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semata-mata.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker