Bukankah Hari Wilayah Persekutuan Tanah Melayu yang disambut setiap tahun pada 1 Februari merupakan hasil gabungan 11 negeri-negeri berdaulat yang masing-masing telah berkorban kuasa demi mewujudkan Malaysia hari ini?
Maka tidak dapat dinafikan bahawa terbentuknya Malaysia sebagai satu Persekutuan adalah atas kesudian dan izin perkenan Kebawah Duli Tuanku Raja-Raja Melayu Berdaulat.
Menurut catatan sejarah, Permasyhuran gabungan negeri-negeri kerajaan Melayu yang berdaulat pada tanggal 1 Februari 1948 adalah berasal dari kerajaan-kerajaan Melayu yang merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka yang dibangunkan seawal abad ke 13 Masihi lagi.
Jelas, wujudnya Malaysia pada dasarnya adalah daripada Tanah Melayu. Tidakkah orang-orang asing yang datang kemudian dan diberi kerakyatan adalah semata-mata dengan ehsan Raja-Raja Melayu?
Sejak daripada itu, Raja-Raja Melayu telah menganggap mereka sebagai warganegara dan bukan lagi pendatang sekaligus keberadaan mereka tetap saja di bawah naungan Raja-Raja Melayu walaupun kerajaan baginda telah berkenaan berkongsi sedikit kuasa kepada sistem pentadbiran demokrasi berperlembagaan.
Seluruh rakyat Malaysia harus sedar bahawa terbinanya Wilayah Persekutuan ini adalah disebabkan jasa dan pengorbanan Raja-Raja Melayu demi melihat kemajuan negara dicapai pada tahap maksima sekaligus menguntungkan rakyat baginda.
Maka, sebagai rakyat yang tahu mengenang budi bukankah sepatutnya kita menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan Institusi Raja-Raja Melayu?
Pelbagai Naratif Dan Propaganda Negatif Wajar Ditolak
Bukankah amat dikesalkan apabila ada pula cubaan dari pengkianat yang mahu memadamkan Institusi Raja-Raja Melayu? Malah, mereka mencipta pelbagai naratif dan propaganda jahat semata-mata untuk memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah demi menghakis kuasa Raja-Raja Melayu.
Apakah agenda ini merupakan gerakan baru sedangkan ia sudah mula digerakan sejak sekian lama oleh beberapa kumpulan tali barut dan pengkhianat yang mahu melihat perpecahan berlaku di negara ini.
Baca Juga>> Kuala Lumpur wujud dengan pengorbanan Selangor
Persoalannya adakah hari ini agenda itu diteruskan oleh cucu cicit mereka pula yang kononnya mahu memperjuangkan hak sama rata termasuk berselindung di sebalik hak kemanusiaan? Walhal, kebanyakkan dari mereka ini telah diberi kerakyatan oleh Duli-Duli Tuanku dan iktiraf sebagai rakyat di bawah naungan baginda. Namun berkelakuan sebaliknya!
Malangnya, mereka bagaikan “kaduk naik junjung” atau umpama “diberi betis hendak kan paha”.
Benarkah mereka ini tidak pernah mahu bersyukur dengan segala kenikmatan yang telah diterima khususnya menjadi sebagai rakyat di negara ini, malah mereka pula cuba mengambil alih pemerintahan dari Raja-Raja Melayu dengan membuat beberapa kali percubaan memansuhkan kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu?
Bukankah di dalam Perlembagaan Persekutuan, sepatutnya golongan pengkhianat seperti mereka ini telah lama dijatuhkan hukuman kerana menderhaka? Namun, tidakkah masih ada timbang tara dan rasa peri kemanusiaan sekaligus telah diberi beberapa kali peluang untuk berubah menjadi rakyat yang setia dan mesti tunduk hormat terhadap pemerintah Raja-Raja Melayu negara ini?
Malaysia Negara Keramat Dan Berdaulat
Sedarlah, negara Malaysia bukanlah seperti negara-negara kebanyakan yang ada di dunia ini! Negara yang tanahnya milik orang Melayu ini adalah negara yang benar-benar keramat dan berdaulat.
Hubungan Raja-Raja Melayu dengan rakyat di negara ini bukanlah hubungan biasa-biasa ia ibarat nyawa dengan badan umpama “cubit paha kiri paha kanan akan terasa”. Itulah keakraban Raja-Raja Melayu dengan rakyatnya.
Justeru, adakah keterlaluan jika diberi teguran kepada bangsa yang asalnya adalah penumpang kemudian diberi kerakyatan agar tetaplah ingat bahawa negara ini menerima kalian atas dasar kasih dan sayang terhadap sesama manusia dengan sangat toleransi? Jadi tetaplah, berilah kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu yang memerintah negara ini.
“Janganlah sesiapa pun cuba menjadi penderhaka, sebaliknya jadilah rakyat yang sentiasa tahu mengenang budi.”
Marilah sama-sama kita bangunkan negara ini dengan penuh rasa tawaduk, sangka baik dan saling hormat menghormati, sebarlah rasa kasih dan cinta dengan penuh keikhlasan. Buanglah, sikap tamak yang menguasai diri kerana sesuatu kenikmatan kurniaan itu jika tidak disyukuri bukankah ianya tidak mustahil akan ditarik balik satu masa nanti?
Permasyhuran Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke -17
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke XVII Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (telah diputerakan pada 22 November 1958) ialah Sultan Johor era moden ke-5 sejak 2010 dan baginda akan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 pada 31 Januari 2024, setelah dipilih oleh Majlis Raja-raja pada 27 Oktober 2023. Baginda dijangka melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada satu istiadat penuh gilang-gemilang di Istana Negara, Jalan Duta pada 31 Januari 2024.
Justeru, Kedatangan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 17 yang akan menaiki takhta ini wajar disambut oleh seluruh rakyat jelata tanpa prejudis. Maka, adakah rugi jika menjadi rakyat yang setia Kebawah Duli Tuanku?
Fahamilah Rukun Negara dan hayati bait-bait Lagu Negaraku “Raja Kita Selamat Bertakhta”. Nescaya kita akan menjadi rakyat yang setia dan benar-benar merdeka di bumi yang sungguh bertuah ini.
Menjunjung Kasih Kebawah Duli Tuanku.
DAULAT TUANKU!
Menarik: