Ekonomi

Beban Hutang Melampau Sekat Rakyat Malaysia Untuk Beli Rumah Dengan Selesa!

Berdasarkan laman web FRED, indeks harga rumah pada tahun 2020  telah mencecah lebih 160 dan ini merupakan satu masalah besar yang harus ditangani.

Selain itu, Institut Khazanah Negara pada tahun 2016 telah mengeluarkan data yang menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia secara puratanya serius tidak mampu.

Sistem monetari yang berasaskan riba dan cara wang dicipta menyebabkan kemunduran sesetangah masyarakat kita khususnya umat Islam di negara ini.

Pelbagai masalahh yang sedang dibebani seperti, rumah semakin mahal, hutang yang banyak hutang peribadi dan sebagainya, ditambah pula dengan keadaan COVID-19.

Ini juga akan memberi kesan kepada perkara lain seperti masalah kesihatan sperti tekanan, perniagaan indvidu gagal dan menambah bilangan rakyat yang menganggur.

Ini semua disebabkan oleh inflasi, iaitu pertambahan jumlah wang melebihi pertumbuhan ekonomi yang sebenar.

Memetik kata-kata Tuan Helmi Shafandy Buhollia,  Gerakan Keadilan Monetari

“alam sistem kewangan, kita memerlukan keseimbangan bukanya Inflasi yang disebabkan jumlah kitaran wang yang terlalu banyak mahupun deflasi sebaliknya” katanya.

Di sesetengah negara, contohnya di Singapura, Korea Selatan, Jepun dan kebanyakan negara Eropah, populasi mereka semakin menurun.

Populasi semakin menguncup, masyarakat semakin tua menyebabkan tenaga buruh baharu untuk menggantikan golongan tua sudah berkurangan.

Inilah masalah yang terpaksa dihadapi oleh sesetengah negara maju khususnya negara jiran kita, Singapura.

Tambah Tuan Helmi Shafandy Buhollia lagi berkenaan isu harga rumah yang kian melonjak naik kini,

dengan indeks harga rumah yang bertambah, segelintir anak muda masa kini berada pada tahap tidak mampu memiliki rumah sendiri” katanya.

“Harga rumah masa kini hanya sekadar mampu tengok” tambahnya lagi.

Jika kita mampu megurangkan dan mengelakkan sistem yang melibatkan riba yang mengakibatkan inflasi dari terus berleluasa. 

Dato’ Abdul Manap Abdul Wahab di dalam satu petikan memperingatkan tentang larangan riba dalam sektor perbankan,

“Dosa orang-orang yang mengambil riba lebih berat daripada orang yang melakukan zina, 36 kali beratnya” tambahnya lagi.

Memetik keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 8 September 2022,

Bakal pembeli rumah menghadapi masalah kemampuan dalam Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 PropertyGuru Malaysia 

Mereka tidak layak untuk skim perumahan mampu milik kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah tanpa bantuan kewangan.

Tuntasnya, kerajaan harus memikirkan langkah penyelesaian terbaik membantu rakyat dalam mengukuhkan ekonomi.

Hakikatnya, sehingga kini masih ramai golongan yang masih tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri kerana bebanan hutang yang melampau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru