Isu Semasa

Terbaik, 1.2 Juta Warga China Terus Hilang Menjelang PRU-15!

Bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin terasa namun 1.2 juta warga China yang tidak keluar dari negara ini terus hilang dan tidak dapat dikesan.

Dilapor berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia, ketibaan warga China ke negara ini bagi tempoh 2018 – 2022 ialah seramai 7,177,043 orang.

Bagaimanapun, yang keluar dari Malaysia bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

Penolong JPN Pulau Pinang Bagi Kad Pengenalan Kepada Warga Asing

Situasi ini menimbulkan kegusaran awam kerana pada 2019, seramai 20 individu telah dicekup kerana menunggang keupayaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam 20 individu itu, Penolong JPN Pulau Pinang juga didakwa terlibat sebagai sindiket ‘gadai maruah negara’ dan menerima habuan berjumlah RM100,000 hingga RM600,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata kesemua suspek yang ditangkap di Pulau Pinang pada 19 Ogos 2019 terdiri daripada 17 warga tempatan, dua warga China dan seorang warga India.

Dalam satu serbuan, beberapa individu berumur antara 32 sehingga 70 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan bagi permasalahan yang berlaku.

Ujar Huzir, yang ditahan itu merupakan individu-individu yang terlibat ejen, orang tengah, penganjur dan pemilik kad pengenalan, sijil lahir serta pasport Malaysia ‘fraud’.

Modus operandi mereka mudah kerana ejen sindiket akan mencari warga asing yang ingin mendapatkan taraf kewarganegaraan dan kemudian menghubungi individu yang bertugas di JPN Pulau Pinang.

1.2 juta warga China yang tidak keluar dari negara ini terus hilang dan tidak dapat dikesan.
1.2 juta warga China yang tidak keluar dari negara ini terus hilang dan tidak dapat dikesan.

Di Mana Mereka Menjelang PRU-15?

Bayangkan sahaja pada 2019 pun sudah berlakunya aktiviti memberi kad pengenalan palsu kepada warga asing yang mahu mendapatkan taraf warganegara di Malaysia.

Namun bagaimana dengan puluhan lagi? Ratusan lagi? Ribuan lagi? Atau jutaan lagi yang tidak ‘kantoi’ dan selamat terima kad pengenalan daripada ‘musang berbulu ayam’ dalam JPN?

Perkara ini adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana berdasarkan statistik semasa pun, di negeri Sarawak misalnya, peratusan penduduk berketurnan Cina tiba-tiba naik mendadak.

Sedangkan di Sarawak itu sepatutnya dari segi logik akal adalah didominasi kaum Bumiputera dan perkara ini takkan berlaku secara ajaib tanpa wujudnya agenda ghaib.

Kedatangan warga China ke Malaysia memang dialu-alukan terutama dalam sektor pelancongan, pendidikan dan pekerjaan.

Namun, apabila wujudnya sejumlah besar yang gagal dikesan boleh menimbulkan rasa curiga seolah-olah mereka ada niat tersirat dan boleh menjadi ancaman kepada keselamatan, ekonomi dan politik negara.

Mungkin ada dalam kalangan mereka yang menjadi perisik dan bersembunyi serta menyamar di merata tempat. Kita sendiri tidak dapat bezakan bangsa Cina rakyat tempatan atau dari China berdasarkan bentuk fizikal.

Korek Tempat Persembunyian Mereka Sampai Ke Lubang Mayat!

Pihak berkuasa sepatutnya membuat pemantauan, risikan, serbuan dan pemeriksaan di tempat-tempat disyaki seperti kondominium, pangsapuri, kilang, gudang sama ada yang beroperasi secara sah atau haram. Ini kerana dikhuatiri mereka bersembunyi di premis-premis terbabit.

Justeru, pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) harus berhati-hati dengan mengawal lebih ketat dari segi pemberian kad pengenalan dan visa kepada warga China dan sewajarnya dihadkan jumlah visa lawatan dalam satu-satu masa.

Jika kuota visa penuh dan tiada rekod pelawat keluar dari negara ini maka pengeluaran visa perlu dihentikan sementara menunggu kekosongan.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru