Sejarah

Terakol Melayu Adalah Generasi Pertama ‘Revolver Of The East’ Sejak 1459!

Dalam era wild west di Amerika (1881), kita sering melihat watak-watak budak-budak lembu (cowboy) hebat yang pandai bermain pistol dan senapang.

Kemudian disambung dengan hebatnya cowboy mengalahkan Red Indian dengan senjata mereka.

Asal ada cerita lama berkaitan Amerika, pistol dan senapang tetap menjadi prop wajib bagi menunjukkan kehebatan mereka.

Maka kita pun percayalah yang senjata-senjata tu semua berasal dari barat.

Cuba lihat perbandingan tahun di bawah :

Pengeluar senjata api USA ( bermula kurun ke 17 dan 18)

1) Springfield Armory -1777
2) Remington – 1816
3) Colt – 1836

Pengeluar Senjata api Eropah (bermula kurun ke 15 dan 16)

1) Baretta – 1526 (Italy)
2) Klett – 1578 (German)
3) Sabatti – 1674 (Italy)

Penggunaan Senjata Api di Melaka (bermula kurun ke 14 dan 15)

1) 1459-1477 (Kegemilangan Melaka di puncak)
2) 1488-1511 (Kejatuhan Empayar Melaka)

Pada saat Amerika belum tahu pistol itu apa, di Melaka telah tersisip TERAKOL di pinggang hulubalang Melayu.

Pada ketika cowboy di Sepanyol baru belajar menembak serigala yang cuba memakan ternakan mereka, hulubalang di Melaka telah beratus tahun berperang dan syahid menggunakannya.

Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, beribu-ribu senjata Melayu seperti Rentaka (granade launcher), Terakol (pistol), Lela (short cannon), Istinggar (Long Rifle), Istikol (Short rifle) serta Meriam (Cannon) dicuri dan diambil Portugis dari Melaka sebagai harta rampasan perang.

Teknologi ini kemudiannya dikembangkan di Eropah. Jika dilihat tahun pengeluaran senjatapi di Eropah, ia bermula SELEPAS kejatuhan Melaka.

Itali, German adalah berjiran dengan Spanyol dan Portugal. Kebanyakkan model asal mereka adalah pistol yang berkiblatkan TERAKOL dari Melaka!

(Buka web page Klett dan Sabatti yang merupakan pengeluar pistol di Eropah, anda akan lihat TERAKOL sebagai legasi pengeluaran awal senjata mereka. Lihat juga tahun pengeluaran senjata mereka.)

William Marsden dan Stamford Raffles juga pernah mencatatkan bahawa masyarakat di Nusantara telah mahir dalam pembuatan ubat bedil sebelum kedatangan penjajah Eropah iaitu sekurang-kurangnya pada abad ke-14 dengan menggunakan galian saltpeter, belerang dan arang.

Teknologi pembuatan ubat bedil yang diusahakan oleh orang Melayu ini berkemungkinan berasal daripada tamadun Islam di Asia Barat ataupun China.

Nicholas Tarling dalam buku The Cambridge History of Southeast Asia ada menyatakan bahawa senjata api buatan Melayu boleh digandingkan dengan senjata api keluaran German yang dianggap terbaik.

Pada kurun ke-15, malahan ianya lebih baik daripada yang dibuat di Portugal.

Seorang bangsa Itali yang terlibat dalam serangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak Portugis.

Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu berundur, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.

Selepas mereka jatuh ke tangan Portugis, Melaka terus dijajah selama 130 tahun!

Bayangkan selama 130 tahun Melaka dijarah dan disedut segala hasil bumi dan kekayaannya yang ada termasuk segala teknologi yang ada ketika itu.

Selepas Portugis jatuh, disambung Belanda dan kemudiannya British. Tanah Melayu bagaikan nak dara sunti yang diidamkan ramai orang dan akhirnya dirampas secara kasar.

Bagai diperkosa oleh 3 jantan durjana, (Portugis, Belanda dan Inggeris) Tanah Melayu diserah semula setelah manisnya habis diratah.

Bermula lah era Tanah Melayu moden yang dibina semula oleh Tunku Abdul Rahman. Mengangkat semula “Gadis yang disepah” ini untuk berdiri semula dengan kekuatan dari dalam.

Umat Melayu 600 tahun dulu telah membuat dan membuktikan banyak perkara hebat yang menjadi sumber rujukan dunia.

Apa sumbangan umat Melayu hari ini untuk dikenang dalam lipatan sejarah anak-cucu 600 tahun lagi?

Bukan Terakol menumpah darah,
Disisip demi memperjuang maruah,
Harga diri, bangsa dan agama bukan murah,
Dimana kita tanpa agama, bangsa dan tanah?

#cakapdenganfaktabukanauta
#janganjualnegeri
#jangangadaiUgama
#janganpijakbangsasendiri

Kredit: Rusa Albino Permata
Sumber: Facebook Zaddam Zahir

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker