Agama

“Tenang.. Kami Cuma Nak Serang Umat Islam Agar Berpecah Dari Dalam!” – Bukan Geng ASWJ

Biar pun lava gunung berapi jadi lebih sejuk atau banjir di Kuala Lumpur mencecah puncak KLCC sekali pun, berpeganglah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Nak tak nak, suka atau tidak, akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tetap merupakan pegangan majoriti umat Islam berdasarkan manhaj al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.

Maka jika beramal selain akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, jelas seseorang itu melanggar Perlembagaan Persekutuan dan layak dikenakan tindakan undang-undang.

Namun berapa ramai yang faham akan perkara ini? Hatta yang ada pendidikan tertinggi, melepasi ujian SPA dan kini berkhidmat dalam sektor pentadbiran kerajaan pun belum tentu faham.

Kenapa? Kerana sistem dunia yang sedang kita lalui ini perlahan-lahan menolak agama sebagai asas hidup dan sedang mencorak langkah menjadi liberal yang tidak kenal siapa Allah SWT.

Adakah situasi ini yang bakal kita tinggalkan kepada generasi Melayu Islam akan datang? Fikirkan semula, sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka penjajah gagal memurtadkan orang-orang di Tanah Melayu.

Orang-orang Islam di Tanah Melayu yang berpegang teguh dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah masih mampu memastikan jiwa mereka bahkan kita terpelihara dengan Islam.

Mahukah jadi seperti negara jiran seperti di Filipina misalnya? Bukankah di situ jua asalnya orang-orang kita, orang Melayu tetapi berjaya dimurtadkan menjadi Kristian?

Penulis percaya bukan ini yang kita mahukan dan sesekali tidak mahu generasi Melayu Islam moden di Tanah Melayu terjerumus ke arah yang sama menerusi penjajahan moden.

Apakah itu penjajahan moden? Memang tidak lagi bermain dengan senjata dan berbunuh-bunuhan namun cukuplah menguasai pemahaman dan akidah agar lebih cinta dunia.

Paling menakutkan.. serangan untuk hilangnya kefahaman tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah dibuat oleh orang-orang kita yang pulang dari luar negara setelah menuntut dengan dakyah luar.

Lantas itulah yang diagungkan.. kononnya itulah pemahaman sebenar, tolaklah guru yang mengajar tentang Islam, cukuplah fahami isi al-Quran dan hadis ikut kepala otak sendiri.

Sebagai seorang Muslim di Tanah Melayu yang berdaulat ini, walaupun politik dunia ciptaan manusia sedang huru-hara, tidakkah ancaman yang berjalan ini lebih membimbangkan?

Paling dekat dengan masyarakat kita adalah golongan peminta dalil yang mereka sendiri tidak tahu sama ada dalil itu wujud atau tidak atau sekadar meminta kononnya mahu nampak berilmu.

Dalam bahasa mudahnya, benarkah wahabi itu khawarij moden yang harus dikenali sebagai perosak umat dan golongan ini haruslah bertaubat sebelum terlambat?

Untuk ketahui kupasan lanjut mengenai benarkah wahabi itu khawarij moden sekali gus menjadi perosak umat yang tidak seharusnya wujud, tonton Perbincangan Rakyat Demi Melayu malam ini.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button