Mari kita imbas kembali peristiwa Al-Thawra Al-Arabiyya Al-Kubra atau dalam Bahasa Inggeris “The Great Arab Revolt”. Sekitar Oktober 1916, Kapten T. E. Lawrence atau “Lawrence of Arabia” tiba di Madinah dan bertemu dengan Amir Faisal, putera sulung kepada Sharif Hussein, pemerintah Haramain (“Penjaga Dua Kota Suci” lantikan Khalifah) yang berketurunan Bani Hashim.
Misi Lawrence sebagai wakil Empayar Britain adalah untuk merancang strategi bersama keluarga Sharif untuk menyerang kubu Madinah yang dipertahankan oleh Fakhri Pasha, seorang jeneral Khilafah Turki Uthmaniyyah (“Ottoman”) yang handal.
Kehadiran Lawrence menyusuli persetujuan Sharif Hussein dan Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Mesir, untuk bersama-sama menentang Khilafah Uthmaniyyah.
Ketika itu Perang Dunia Pertama (WW1) telah berlangsung dua tahun lebih di antara Pakatan Britain-Perancis-Russia dan Pakatan Jerman-Austria.
Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah yang ketika itu dikuasai oleh “Tiga Pasha” (Talaat Pasha, Enver Pasha, Djemal Pasha) telah menyertai pakatan Jerman, walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Mahmud V (Mehmed V).
Keluarga Sharif yang telah lama tidak berpuas hati dengan pemerintahan Turki, membuat keputusan untuk berpakat dengan Britain kononnya demi membebaskan bangsa Arab daripada pemerintahan Turki.
Britain telah memberi janji yang lumayan bahawa Britain akan menyokong Sharif untuk menjadi khalifah kepada Jazirah Arab.
Namun, apa yang tidak diketahui oleh keluarga Sharif ialah perjanjian rahsia di antara Britain dan Perancis yang bernama Perjanjian Sykes-Picot.
Al-maklum lah waktu itu tiada WikiLeaks. Menurut perjanjian tersebut, wilayah Uthmaniyah selepas perang akan dibahagikan di antara Britain dan Perancis.
Setahun kemudian (1917), Britain juga mengadakan Perjanjian Balfour dengan keluarga Rothschild, penaja gerakan Zionisme bahawa Britain akan mewujudkan sebuah negara Yahudi (“Jewish national home”) di Palestin.
Selepas tamatnya WW1, wilayah Turki Uthmaniyyah dibelah bahagi menurut Perjanjian Sykes-Picot. Perancis mendapat Syria dan Lebanon; Britain mendapat Palestin, Jordan dan Iraq.
Britain tidak mengotakan janji McMahon terhadap Sharif. Malah, Britain memberi bantuan senjata kepada musuh Bani Hashim iaitu Bani As-Saud untuk memerangi Sharif.
Belum sempat lagi Sharif menubuhkan khilafah, keluarga As-Saud yang dipilih oleh keluarga Rothschild telah pun menawan Mekah dan Madinah pada tahun 1924 dan keluarga Sharif terpaksa mengalah dan membawa diri, lalu keluarga As-Saud menubuhkan kerajaan yang bernama Arab Saudi.
Manakala di Turki, para pemenang WW1 (Britain, Itali, Greece) cuba menguasai Turki. Mustafa Kemal telah bangkit menentang penceroboh-penceroboh asing.
Mustafa Kemal menubuhkan Republik Turki dan dihormati sebagai Ataturk (“Bapa Bangsa Turki”). Pada 3 Mac 1924, Khilafah dimansuhkan. Khalifah ke-101, Sultan Abdul Majid II (Abdulmecid II) dibuang negeri.
Apa yang berlaku di Turki selepas itu, semua dah sedia maklum.Tentu ada pengajaran (ibrah) di sebalik sejarah. Kedua-dua Turki Uthmaniyyah dan keluarga Sharif, dan umat Islam secara keseluruhan ialah “mangsa geopolitik” yang kena “game” dengan percaturan kuasa-kuasa besar dunia.
Britain sebenarnya hanya menganggap keluarga Sharif sebagai satu anak catur untuk menjatuhkan Uthmaniyyah dan membolehkan Britain menguasai Mashriq (kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Euphrates) yang strategik.
Begitu juga dengan Jerman. Bukannya Jerman nak buat pakatan dengan Turki sebab pro-Islam. Sebab-sebabnya hanya kerana ada musuh yang sama dengan Turki iaitu Russia; dan kerana nak cari titik “pivot” di Teluk Parsi untuk melancarkan kuasa (“projecting power”) ke Lautan Hindi yang dikuasai Britain.
Begitu juga dengan Hitler semasa Perang Dunia Kedua. Bukannya Hitler anti Yahudi sebab dia sokong perjuangan Palestin, tapi Hitler hanya menggunakan anti-Semitisme untuk mencari sokongan di kalangan negara-negara Arab.
Sudahkah kita mengambil pengajaran? Dalam gambar pertama dibawah: Amir Faisal ibn Hussein menghadiri Persidangan Keamanan Paris (Paris Peace Conference) di mana pemenang-pemenang WW1 mengadakan rundingan.
Lelaki ke-3 dari kanan (sebelah bahu kiri Faisal) ialah T. E. Lawrence. Lawrence agak bersimpati dengan keluarga Sharif dan telah mendapatkan hak memerintah Jordan dan Iraq untuk keluarga Sharif.
Pemerintahan keluarga Faisal di Iraq digulingkan dalam kudeta berdarah pada tahun 1958, manakala keturunan Amir Abdullah, putera kedua Sharif masih memerintah Jordan sehingga pada hari ini.
Sekarang mari kita lihat di Malaysia, saya akan bukakan serba sedikit, sekurang-kurangnya kalian tahu siapa musuh kalian. Mana tahu ada persoalan korang selama ini yang terjawab dari post ini.
Mengapa ramai yang cuba memburukkan raja-raja Melayu dari dahulu hingga sekarang dan tidak kurang juga yang pertikaikan kuasa Raja Melayu? Seperti yang kalian ketahui Kesultanan Raja-Raja Melayu sekarang yang masih kekal hanyalah di Malaysia dan Brunei.
Kita bertuah sebenarnya kerana mempunyai “Perlembagaan” dengan adanya Perlembagaan mereka tidak boleh berbuat apa, namun mereka takkan mudah berputus asa.
Jarum-jarum halus yang sedang dicucuk di negara ini adalah perancangan jahat dajjal dan tangan-tangan ghaib yang ribuan tahun membuat rencana untuk meruntuhkan sistem raja-raja di tanah melayu ini.
Kalian patut berbangga berapa ramai musuh-musuh kita semenjak dahulu cuba menghapuskan raja-raja Melayu, tetapi ianya tidak semudah ABC, kita mempunyai ramai pejuang tauhid dan para ulama hakikat serta para waliyullah yang sentiasa melindungi alam Melayu dan tidak pernah lari walaupun kalah dalam perang.
Sebab itulah orang luar gelar kita sebagai bangsa yang DEGIL! Degil kenapa? Sebab terlalu degil berpegang dengan Islam dan raja-raja Melayu.
Kalau kalian jenis mengkaji sejarah pasti kalian akan jumpa Hint. Bagaimana agenda mereka di Tanah Melayu. Tapi sayang Melayu kini semakin sayu tidak seperti dulu, Melayu akan kuat bila kembali ke akar tauhid dan gandingan umara dan para ulama seperti di era Tok Ku Paloh dan Sultan Terengganu.
Mereka langsung tidak berani selagi Tokku Paloh masih hidup, Manakala Sultan pula senantiasa merujuk pada Ulama Hakikat.
Jadi seperti yang saya katakan mereka takkan berputus asa, dan mereka terus merancang untuk meruntuhkan sistem beraja, mereka memperkenalkan demokrasi berparlimen, namun! mereka masih lagi tidak mampu membuang terus kuasa raja-raja kerana sistem kita di Malaysia ada raja berpelembagaan.
Strategi kedua ialah dengan membuat dan mencipta persepsi negatif terhadap raja-raja dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa memanipulasikan banyak perkara.
Para ahli politik pembangkang juga menyerang institusi raja dan hak-hak keistimewaan raja dan orang Melayu. Semakin hari rakyat mulai membenci raja, itulah yang mereka mahu!
Sepertimana yang kita lihat hari ini! Faktor sampingan lain seperti perebutan takhta, terlibat dengan skandal tertentu, pembaziran dan sebagainya oleh anak-anak raja sendiri menambahkan lagi api kebencian rakyat kepada raja dan rakyat mulai hilang rasa hormat dan mulai menjauhi raja.
Untuk menghancurkan daulat raja, ulamak tulen bertaraf wali berfahaman ahli Sunnah Wal Jamah yang selama ini menasihati raja dalam banyak perkara terutamanya hal-hal agama menjadi bertambah sedikit dan telah digantikan dengan ulamak berfahaman WAHABI.
Fahaman wahabi dan liberal ciptaan gandingan Dajjal-The Hidden Hand telah berjaya menghancurkan kekuasaan Turki Uthmaniyyah, para Syarif Mekah dan keturunan ahlul bait lalu mengangkat Bani Saud menjadi raja boneka mereka sehingga kini.
Di Negara ini, apa yang membimbangkan kita ialah bila ulamak wahabi akan mempengaruhi istana dan secara tidak langsung, rakyat akan diwahabikan secara tidak sedar.
Maka daulat raja akan luntur dan hilang sirnanya! Sebab itulah saya terus menerus kongsi pasal sejarah! Saya nak anak bangsa hari ini kenal sejarah, kenal siapa musuh mereka sebenarnya, kenal siapa ulama yang boleh pakai!
Kalau saya sebut nama-nama ulama wahabi kat Malaysia ni, mesti saya kena hentam. Sebab pengikut mereka semakin ramai.
Sepertimana yang saya katakan, mereka tidak sedar mereka telah mengikut telunjuk dan menjadikan wahabi sebagai rujukan.
Yang Haq dikata Bathil , Yang Bathil dikata Haq! Perkara ni benar-benar merisaukan saya. Mereka berpegang kuat pada Islam tapi sayang akidah mereka lari dari landasan akidah yang Haq.
Jadi mereka berjuang konon atas nama Islam, maka timbullah wahabi ekstrimis! Seperti di Arab Saudi yang menghancurkan makam keluarga Nabi dan membunuh keluarga Nabi, tapi Allah itu Maha Kuasa keturunan Rasulullah S.A.W bertebaran di Alam Melayu ataupun Nusantara.
Termasuk para ulama dan raja-raja Melayu yang mempunyai salasilah sehingga Rasulullah S.A.W. Tolonglah anak-anak bangsaku, sedarlah! Pelajarilah sejarah kita, kenalilah diri sendiri!
Belajarlah sifat 20 Allah, pegang syariat yang Rasulullah S.A.W bawa. Belajarlah mendalami Ilmu Tauhid dan Tasawuf, jangan biarkan diri kalian menjadi boneka yang menghancurkan bangsa dan agamanya sendiri tanpa sedar.
Ambil iktibar dan pelajaran dari sejarah keruntuhan Turki Uthmaniyyah. Belajar dari keruntuhan Institusi Kesultanan Melayu di Indonesia, teguhkan akidah masing-masing. Berpegang teguh pada akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
#Kredit – Tengku Daeng Mawelle