Sejarah

Tarik Kapal Antara Kerja Gila Orang Melayu Sebelum Wujudnya Lebuh Raya

Sebelum wujudnya lebuh raya menghubungkan daripada satu kawasan kepada satu kawasan yang lain, orang-orang Melayu mengunakan teknologi tarik kapal bagi memendekkan perjalanan.

Ada yang menggunakan kudrat manusia semata-mata, ada juga yang menggunakan kudrat haiwan besar seperti gajah misalnya sehingga kesannya masih kekal pada hari ini.

Apa buktinya? Antara yang popular dan masih boleh dilihat adalah pada Jalan Penarikan yang ada di Kampung Jempol, Bahau, Negeri Sembilan.

Generasi hari ini perlu tahu bahawa Jalan Penarikan ialah jalan pengangkutan yang utama digunakan oleh orang pada zaman dahulu bagi menghubungkan Laut China Selatan ke Selat Melaka.

Jalan ini bermula dari Negeri Pahang ikut (mudik) Sungai Pahang di Pekan; kemudian masuk ke sebuah anak Sungai Pahang yang bernama Sungai Bera, selepas itu ikut pula sebuah anak Sungai Bera bernama Sungai Serting.

Tarik Kapal Naik Ke Darat Sejauh Tiga Ratus Ela

Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat sejauh tiga ratus ela, masuk pula Sungai Jempol yang terletak di dalam Negeri Sembilan, menghilir Sungai Jempol dan masuk ke Sungai Muar yang mengalir melalui Negeri Sembilan hingga Negeri Johor, sehingga ke Bandar Maharani.

Dari Muar bolehlah pergi ke Melaka dan tempat-tempat lain di barat Semenanjung Malaysia.

Jalan inilah yang telah diikuti oleh Sultan Mahmud Shah Melaka dan putera baginda Sultan Ahmad setelah ia dikalahkan oleh orang-orang Portugis di Pagoh dan Bentayan pada akhir tahun 1511.

Jalan ini juga yang digunakan oleh Sultan Ali (putera Sultan Husain Shah Singapura) dari Kampung Umbai, Melaka yang pergi berjumpa Bendahara Wan Ahmad di Pekan pada tahun 1863.

Manuel Godinho de Erédia, seorang pengarang dan pegawai Portugis di Melaka (tahun 1613) menyatakan: “Dari Melaka jalan menempuh Penarikan itu boleh sampai ke Pahang (dan sebaliknya), hanya enam hari perjalanan”.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker