Sejarah

Tanpa Tok Guru Agama, Agenda British Mudah Disempurnakan

Perjuangan Bangsa Ini Harus Dikenang Sepanjang Zaman

Sebelum merdeka, ramai tok guru agama bersama anak muridnya bangkit menentang kezaliman.

Kezaliman ini berpunca daripada usaha campur tangan pentadbiran orang-orang Melayu.

Yang pada akhirnya cuma memberi kesan buruk kerana ia merupakan agenda yang cukup jahat.

Individu yang bergelar tok guru agama pada ketika itu bukan sekadar memiliki ilmu agama Islam.

Sebagai contoh ramai di antara mereka turut menguasai seni bela diri silat sebagai persediaan menghadap musuh.

Boleh dikatakan tok guru agama di Tanah Melayu suatu masa dahulu tersangatlah ilmu dalam dada.

Baik ilmu duniawi, baik ilmu akhirat, dua-dua saling berkaitan menentu perjuangan bangsa.

Disebabkan itu jualah nama tok guru agama zaman dahulu masih sampai ke hari ini.

Lebih mengujakan selain dikenang, nama ramai tok guru juga tercatat dalam kisah sejarah tempatan.

Hebatnya tok guru agama berserta murid-muridnya suatu ketika dahulu adalah mereka tahu.

Hidup di dunia ini cuma sementara dan berjihad adalah satu kemuliaan.

Maka sesiapa sahaja yang cuba menentang agama Islam, mengganggu gugat perkara

yang berkait dengan orang-orang Melayu, pasti ada yang menuntut bela.

Sehubungan itu baik kampung, baik negeri, baik negara, baik rakyat biasa,

baik pemimpin sehingga ke institusi diraja, ada orang Melayu menjaga tanpa harapkan balasan.

Namun demikian, berbeza dengan trend hari ini apabila tok guru agama

mengambil pendekatan cukuplah mengajar ilmu berkait dengan Islam dan akhirat sahaja.

Kesannya apabila diminta untuk tampil ke hadapan untuk mengetuai masyarakat

untuk menjadi Melayu yang lengkap jati diri yang berkualiti, semuanya ibarat mimpi.

Hatta ustaz-ustaz yang popular dalam media sosial sekali pun, pengaruh mereka

cuma sekadar pada tahap membuatkan orang seronok mendapatkan ilmu agama.

Tidak sehingga berjaya menjentik hati umat Islam yang belajar agama bahawa

hidup ini cuma sementara dan beranikanlah untuk meninggalkannya demi Allah SWT.

Menyedihkan apabila ramai tok guru agama memilih untuk terlalu

berzuhud dan seperti menyembunyikan diri dan hasilnya, individu

yang kurang ilmu agama pula tampil memerintah.

Kalau sedar kurang ilmu agama lalu melantik mursyid dalam kalangan

tok guru agama untuk menasihati perilaku dan kepimpinan, baguslah juga.

Ini tidak dan kesannya, negara jadi kucar-kacir dan masing-masing menyalah antara satu sama

lain sedangkan jika tok guru agama sertai kepimpinan negara, Islam pasti dapat ditegakkan.

Melihat kepada realiti semasa, NGO tolak kepada tok-tok guru agama, tok-tok guru agama

tolak kepada budak-budak, budak-budak tolak kepada orang tua dan akhirnya semua hancur.

Sebagai kesimpulan sudah tiba masa tok guru agama muda dan masih kuat cabar diri untuk

sertai politik dan kawal kepimpinan negara berteraskan agama.

Jangan pula menunggang agama demi mengekalkan jawatan dan kuasa yang

boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja jika ingar dengan perintah Allah SWT.

Baca Juga > Fahami Erti Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Bahasa Cukup Mudah!

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button