Kenapa tanjak atau ikatan atas kepala orang Melayu itu sunnatullah? Kerana dalam surah al-Hujurat pada ayat 13 ada menyebut:
Terjemahan:
Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.
Apa Maksud Kenal-Mengenal?
Maksudnya mesti ada identiti atau lambang jatidiri sesuatu bangsa atau kaum.
Kalau Jepun ada identitinya, bahasanya, baju kimono dan pedang jepunnya, ada seni bela dirinya ninja dan samurainya, kalau Melayu apa pula lambang atau jatidirinya untuk mudah dikenali?
Sudah tentu tanjaknya, busana Melayunya, kerisnya, bahasanya. Itulah tanda sunnatullah iaitu identiti untuk mudah kenal mengenal antara satu bangsa atau kaum dengan satu bangsa atau kaum lain.
Ertinya kalau semua orang pakai busana Arab, stail Arab, maka di mana identiti Melayu Islam, di mana identiti Jepun Islamnya?
Islam sebut pakai pakaian menutup aurat. Itu prinsip bukan suruh buang busana bangsa atau kaum.
Jati diri ini cukup penting dalam memulihara warisan bangsa. Sejak British masuk Tanah Melayu, orang Melayu dah mula tolak busana Melayu.
Tolak tanjak, tolak silat, tolak keris, tolak perubatan etno-sains perubatan Melayu, dibuang jati diri Melayu, diambil jati diri luar sebab kita semakin lemah sebab tidak berpegang kepada jati diri kita sendiri.
Jepun hebat terus kuasai dunia kerana berpegang kuat kepada jatidirinya. Bahasa Jepun kekal, tulisannya kekal, ninja samurai kekal dan masuk Hollywood, busananya kekal.
Melayu? Malu dengan bahasa sendiri, buang tulisan jawi, benci keris, benci busana, benci perubatan Melayu.
Semua dimomokkan dan dikhurafatkan termasuk oleh agamawan yang tak tahu apa itu warisan, apa itu jati diri.
Malang sungguh agamawan yang jahil tentang silat dan keris. Semua disuruh buang dan tinggalkan atas nama khurafat dan jin. Padahal mereka yang khurafat sebenarnya. Maaf cakap!
Dato Paduka Prof. Dr. Supyan Hussin
Jurucakap Utama Sidang Demi Malaiu
Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik Kebangsaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!