Sebelum British berambus keluar dari Tanah Melayu, mereka meninggalkan tanah rizab Melayu untuk dimanfaatkan orang-orang Melayu sebagai ‘tebus maaf’.
Namun demikian pada zaman itu, manalah ada media sosial seperti Facebook, Twitter mahu pun TikTok, maka ada sesuatu info dipegang erat sebagai rahsia.
Namun berbeza dengan suasana hari ini, hatta dosa 10 tahun lalu sekali pun boleh dikorek netizen dan ditularkan tanpa belas kasihan sebagai peringatan.
Masalah saki-baki rizab tanah Melayu yang tinggal perlu didedahkan secara drastik kerana tidak ramai orang Melayu sebagai ‘tuan tanah’ tahu mengenainya.
Berikut adalah unjuran tanah rizab Melayu yang bersumberkan pembentangan Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Haji Che Roslan Che Daud Persekutuan pada 28 Februari 2019.
Berikut adalah keluasan Tanah Rizab Melayu yang diubahsuai :
Mengejutkan tanah rizab Melayu di Melaka khususnya, yang pernah bertapak sebagai tamadun dan peradaban Kesultanan Melayu Melaka habis disakau.
Johor, Selangor, Terengganu dan Pahang sudah pun carik-carik bak roti canai yang menunggu masa untuk dihabiskan jika tidak dikawal.
Mujurlah di Kelantan dan Kedah masih banyak tanah rizab Melayu yang terpelihara namun itu pun perlu dirisaukan takut-takut ada peneroka dan broker sedang ‘memandang’.
Melihat perkongsian penyelidik Sejarah Tamadun Alam Melayu dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman, status tanah rizab Melayu teruk ‘dilacurkan’.
Takkan rakyat biasa yang tiada kuasa untuk tanda tangan atau beri kelulusan mulut ke mulut mampu berbuat kejahatan ini sejak berpuluh-puluh tahun.
Sudah tentu mereka yang berpeluang masuk ke dalam sistem, mempunyai niat jahat dan rambang mata dengan wang ringgit sanggup membelakangkan maruah.
Kesannya, orang-orang Melayu terus merempat di bumi sendiri dan apabila cuba untuk menguasai semula ekonomi sekali pun, sangat banyak halangannya.
Mungkin tidak sampai 30 tahun, bangsa Melayu berpotensi untuk hilang negara setelah tanah rizab Melayu bertukar hak milik tanpa pengetahuan umum.