Sejarah

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah & 31 Ogos 1957 Tarikh Kita Bebaskan Inggeris!

Siapa percaya Tanah Melayu tidak pernah dijajah? Sebaliknya ia hanya cuba dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris serta diduduki oleh Jepun sahaja.

Bagaimana kisah ini timbul, berikut adalah penjelasannya:

  1. Portugis, Sepanyol dan Inggeris cuma terperangkap di Kota Melaka sahaja beratus-ratus tahun, bukan menguasai seluruh negeri-negeri dalam Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  2. Inggeris dan anasir-anasir luar cuma mula mendapat kelebihan selepas Hang Tuah menghilangkan diri daripada terus berkhidmat dengan pemimpin yang rakus dengan kepentingan diri
  3. Selama berpuluh-puluh tahun Hang Tuah bersama pemimpin-pemimpin yang meletakkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai keutamaan, Zaman Kesultanan Melayu Melaka mashyur.
  4. Disebabkan iman itu tidak diwarisi dari seorang bapa yang bertakwa, ada pemimpin yang lahir pada zaman yang sudah selesa merasakan sudah stabil dan boleh bersikap angkuh
  5. Selepas Hang Tuah menghilangkan diri, banyaklah kejadian-kejadian yang menuju kemusnahan berlaku dan pintu Kota Melaka pecah dan barulah mereka ini boleh menjarah negeri-negeri lain
  6. Selepas beratus-ratus tahun barulah Inggeris misalnya berjaya menduduki Singapura dan Pulau Pinang misalnya, menjarah minda kebanyakan orang-orang yang lahir pada zaman keselesaan yang memuncak
  7. Maka hasil bumi Tanah Melayu seperti emas, besi, bijih timah dan tumbuh-tumbuhan misalnya habis dibawa keluar berkapal-kapal kononnnya atas alasan perindustrian
  8. Mereka ini sebenarnya mencuri dan jadi orang tengah dan kebanyakan orang-orang Melayu yang lahir pada zaman keselesaan tidak begitu peduli akan masalah yang akan berlaku
  9. Disebabkan kalaulah Inggeris meminta bantuan orang-orang Melayu untuk merompak hasil bumi Tanah Melayu, sudah tentulah ‘kantoi’ dan segala perancangan tidak terjadi
  10. Maka Inggeris membawa masuk hamba-hamba dari Tanah Besar China, yang tertindas dan terbuang, gagal meneruskan kehidupan yang selesa di bumi kelahiran mereka sendiri
  11. Maka Inggeris membawa masuk hamba-hamba dari India, yang tertindas dan terbuang, didiskriminasikan oleh kasta dan yang miskin terus dipandang hina
  12. Kedua-dua hamba Inggeris ini dinamakan sebagai imigran dan kumpulan inilah yang akan menjadi tenaga kerja Inggeris yang taat setia tanpa prejudis
  13. Perang dunia pertama serta kedua terjadi dan banyak krisis politik, geografi serta penguasaan wilayah marak seperti api dan kesannya turut terpalit ke atas Tanah Melayu
  14. Misalnya Jepun yang cuba bangkit sebagai sebuah kuasa yang besar dengan adanya perintah Maharaja secara sombong
  15. Pihak Inggeris yang sudah tiada kaitan dengan Tanah Melayu tiba-tiba masih campur tangan dan menentang Jepun sehinggalah Hiroshima dan Nagasaki diletupkan dengan bom
  16. Bangkit pejuang berfahaman komunis yang dibawa masuk oleh Inggeris pada sejarah awal sebelum ini demi kuasa dan mahu menguasai Tanah Melayu, perang terjadi lagi
  17. Dan secara tiba-tiba, penulis sejarah yang berdoktrinkan fahaman barat menulis Tanah Melayu dijajah sedangkan Inggeris cuma campur tangan dalam soal pentadbiran
  18. Bukannya Inggeris menguasai petadbiran dan seluruh raja-raja Melayu dihapuskan dan orang-orang Melayu akur kepada undang-undang Inggeris kemudian baru bangkit perjuangan orang-orang Melayu
  19. Perjuangan orang-orang Melayu bangkit kerana campur tangan orang-orang Ingeris serta budaya mereka yang mencuri hasil bumi Tanah Melayu bersama niat mahu memurtadkan orang-orang Melayu

Erti merdeka itu begitu luas dan merdeka Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 bukanlah disebabkan Inggeris menamatkan penjajahan mereka sebaliknya dihalau kuat oleh orang-orang Melayu.

Tarikh 31 Ogos 1957 harus memberi erti itulah titik permulaan orang-orang Melayu moden pada zaman itu, berjaya mendapatkan semula kesucian dari segi pentadbiran.

Walaupun kesucian itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana ada pemimpin Melayu yang sudah selesa dengan doktrin Inggeris, fakta yang jelas adalah Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Anda belajar dan baca buku sejarah di sekolah untuk lulus peperiksaan semata-mata atau anda belajar dan baca buku sejarah itu untuk menguatkan jati diri dan mencari kebenaran siapa sebenarnya kita orang Melayu?

Sekadar belajar sejarah untuk lulus peperiksaan? Lemah!

➡️ Sertai Group Whatsapp Viral Sana Sini

BACA JUGA > Kenapa Orang Melayu Tak Jajah United Kingdom & Jepun? Perhalusi Perspesktif Ini!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker