Andai Ini Pusingan Alaf Terakhir Sudah Bersediakah Kita?
Kalau kita sedari sebenarnya sejarah dunia sentiasa berulang. Cuma dalam bentuk atau versi yang berbeza. Ini kerana realiti itu dicipta oleh personaliti manusia. Personaliti manusia pula dibentuk oleh doktrin, pengalaman dan persekitaran.
Dunia perlu ditata ulang atau direset setiap 100 tahun sekali untuk membina sebuah dunia baru seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.
Biarpun abad ke 21 ini kelihatan berbeza dari abad ke 20 namun intinya tetap sama dan mengulangi peristiwa sama yang membentuk realiti yang serupa.
Kalau kita imbas, senarai peristiwa besar yang berlaku pada abad ke 20 sekitar tahun 1918 – 1920 di mana dunia ketika itu diserang dengan wabak Spanish Flu. Krisis ekonomi yang berlaku setelah wabak Spanish Flu adalah The Great Depression pada tahun 1929.
Setelah itu berlaku Perang Dunia Kedua pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland. Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki diletupkan dengan Bom Atom oleh Amerika.
Rentetan peristiwa itu kemudian tertubuhlah sebuah organisasi yang dikenali sebagai United Nation atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB dengan secara rasminya pada 24 Oktober 1945 kononnya dengan harapan untuk mencegah dari berlakunya satu lagi peperangan dunia.
Setelah itu, muncullah The Bretton Wood Agreement dengan tujuan untuk menyeragamkan pertukaran kadar wang asing secara global dengan bersandarkan kepada nilai emas.
Namun perjanjian tersebut hanya dapat bertahan dari tahun 1945 hingga 1973. Ini kerana Amerika tidak mampu mempertahankan nilai matawangnya. Peristiwa itu berlaku kerana Presiden Amerika Richard Nixon telah melepaskan ikatan dollar dari emas pada tahun 1971.
Maka bermulalah era Fiat Money dalam implementasi Modern Monetary Theory yang dipromosikan oleh Michael Hudson yang menjadi penasihat Presiden Nixon dan guru ekonomi Presiden China sekarang Xi Chin Peng dan para petinggi China sebelum itu.
Setelah itu muncullah krisis ekonomi dan kewangan setiap 10 tahun sekali dengan pelbagai nama sehingga ke hari ini.
Itulah realiti dunia yang dikuasai oleh para elit global. Kalau nak ditulis secara terperinci boleh jadi sebuah buku yang sangat tebal.
Sedar atau tidak kini dunia sedang di tata ulang dengan Agenda Reset 2030 yang menjadi sebahagian dari perancangan besar The New World Order yang ditaja oleh para elit global.
Ini kerana dunia yang dibangunkan dengan ideologi kapitalisme dan berasaskan kepada hutang dan riba’ perlu direset setiap 100 tahun sekali.
Ia adalah kerana dalam Modern Monetary Theory atau MMT sistem kewangan dan perbankan akan melalui satu pusingan yang dikenali sebagai long term debt cycle setiap 100 tahun.
Baca juga>> Pelabuhan-Pelabuhan Kerajaan Melayu di Alam Melayu
Dunia perlu dihancurkan dengan tujuan untuk membina sebuah dunia baru dengan norma-norma baru di zaman All Digital. Kaedah ini dipanggil atau dikenali sebagai creative destruction. Kaedah ini juga diamalkan oleh korporat-korporat besar seperti Google dan Facebook sehingga muncul jawatan baru iaitu Chief Destruction Officer atau CDO.
Sebuah dunia baru yang dipacu oleh teknologi terkini seperti Artificial Intelligence, Robotik, Automasi dan Blockchain akan terbentuk.
Dunia juga perlu kepemimpinan baru dan model kepemimpinan yang baru. Maka akan beralihlah kepemimpinan dari Barat ke Timur. Dari Amerika ke China yang semakin maju dalam menguasai teknologi terkini.
Berdasarkan kepada penelitian ini, Penganalisis politik dan ekonomi bebas, Dato’ Dr Ramalan Yunus pernah menyatakan secara berulang-ulang bahawa “Covid 19 is a manufactured virus and a manufactured pandemic for global monetary reset and the implementation of digital currency” dengan tujuan agar kita semua bersedia untuk berdepan dengan perubahan besar yang berskala global.
Menurutnya, Digital Currency adalah versi baru duit kertas atau fiat money. Duit yang sebenarnya bukan duit tetapi adalah nota janji atau promissory note oleh sesebuah negara.
Setelah plandemik Covid 19 selesai seperti mana pada abad yang lepas dunia akan mengalami krisis ekonomi dan kewangan. Kali ini kerana krisis bekalan makanan.
Bekalan makanan terganggu akibat lockdown yang panjang dan inflasi yang terus meningkat tinggi.
Kemudian dunia akan dipandu untuk melangkah ke dalam era Perang Dunia Ketiga.
Perang Dunia Ketiga direncanakan dengan rapi dari dua sisi. Perang Ekonomi dan perang Militer.
Umum dapat melihat Perang Dunia Ketiga kali ini dimulai apabila Rusia menyerang Ukraine. Ini secara tidak langsung akan membabitkan Amerika dan sekutunya.
Dan kini peperangan tersebut dibawa ke Timur Tengah dan Gaza dijadikan zona Perang Dunia Ketiga. Dan Rusia sedang bermain di sebalik apa yang sedang berlaku di Gaza.
Kalau Rusia yang sedang memainkan peranan penting dalam peperangan ini maka soalannya negara mana yang akan diletupkan dengan Bom Nuklear Rusia untuk menghentikan peperangan pada kali ini? Adakah Ukraine atau Israel?
Peperangan di Gaza bukanlah sekadar perang antara Israel dan Hamas atau dengan Palestin. Tidak juga antara Yahudi dan umat Islam walaupun kelihatannya seperti itu.
Sebenarnya akan terarah lebih jauh dari itu, kerana jelas ia merupakan salah satu strategi untuk tatanan sebuah dunia baru atau peradaban baru atau tamadun baru.
Sebuah tamadun baru versi para elit global yang pada akhirnya nanti akan bertembung dengan satu tamadun baru dari Timur Jauh.
Inilah yang disebut sebagai Tamadun Baru Melayu iaitu Islam Nusantara yang bakal bangkit dengan kesedaran spiritual yang tinggi.
Persoalannya, andai ini adalah pusingan alaf terakhir sudah bersediakah kita menuju ketamadunan baru yang bakal tiba tak lama lagi?
Sesungguhnya dunia adalah sebuah pentas sandiwara yang mengasyikkan buat mereka yang sentiasa lalai dan lupa dengan Sang Penciptanya.