Berapa ramai orang Melayu moden tahu sejuta keluarga Cina diberi tanah-tanah bandar dan tanah-tanah komersil pada zaman British, sebelum British meninggalkan mereka di Tanah Melayu?
Berapa ramai orang Melayu moden tahu daripada tanah-tanah yang diberikan Bristih, keluarga Cina yang ditinggalkan boleh mencagarnya kepada OCBC Bank?
Berapa ramai orang Melayu moden tahu OCBC Bank itu merujuk kepada Oversea-Chinese Banking Corporation Limited atau dalam bahasa Melayunya, Perbadanan Bank Cina Luar Negara Berhad?
Berapa ramai orang Melayu moden sedar menerusi tanah yang Bristih bagi dan boleh dicagar itu, kaum Cina boleh menerima pinjaman wang untuk dijadikan sebagai modal?
Berapa ramai orang Melayu moden tahu walaupun ketika dasar pecah dan perintah orang Melayu ditempatkan di kawasan pertanian dan perikanan, tanah sawah kekal tanah sawah.
Berapa ramai orang Melayu moden tahu walaupun orang Melayu memiliki tanah sawah berpuluh-puluh ekar sekali pun, tetap tak layak untuk cagar kepada OCBC Bank bagi mendapatkan modal?
Berapa ramai orang Melayu moden sedar yang walaupun orang Melayu ini adalah tuan tanah di bumi berdaulat ini, orang Melayu didiskriminasi orang luar berpuluh tahun?
Semuanya kerana sikap orang Melayu yang suka berkongsi, jenis tak kisah, tak sedar pun akan kehilangan dan percaya cakap orang tanpa soal selidik dan akhirnya, generasi Melayu moden jadi miskin.
Dek mereka tahu orang Melayu sedar takkan membeli bihun cap tokong, minyak masak jenama Yap Ah Luat, mereka gunakan nama ala-ala Melayu dan Islam.
Berpusu-pusulah orang Melayu yang bukan jenis mengkaji akan membeli kerana percaya dan yakin, bihun cap masjid itu orang Islam yang punya dan vesawit itu keluaran bumiputera atau orang Melayu.
Mengambil contoh beberapa jenama minyak masak misalnya, jenama Helang dan Vesawit dikeluarkan Syarikat Yee Lee Edible Oils Sdn Bhd dan jenama Knife dan Buruh dikeluarkan Syarikat Lam Soon Oils Sdn Bhd.
Baca Juga> Tanah Rizab Melayu ‘Dilacur’ Pemegang Kuasa Rakus & Mengawal Kerahsiaan Bertahun-Tahun!
Faham dan tahu kesemua syarikat ini merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini namun wajarkah orang Melayu moden terus tidak tahu mengenai perkara ini?
Adakah dengan kebenaran untuk menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, orang Melayu moden akan terus berkata, “Oh tak mengapa.. biarkan sahaja mereka.”
Paling asyik, ada juga segelintir Melayu moden back up syarikat-syarikat ini dengan berkata, “Ramai orang Melayu kerja dan terima gaji dengan mereka, kenapa masih bersangka buruk?”
Kita bukan bercakap soal bersangka buruk, rasis atau yang berkaitan. Kita cuma mengangkat persoalan sejauh mana orang Melayu moden pun akan turut sama tenggelam dari segi ekonomi di tanah air sendiri?
Berbaki lagi 35 tahun Tanah Melayu akan capai kemerdekaan yang ke-100 sejak pada 2057 yang dihitung bermula 1957, apa lagi Melayu hari ini sempat buat untuk bangkitkan semula tamadun kita?