Isu Semasa

Tak Sesuai Untuk PRU15, Tanah Rizab Melayu Tinggal 12 Peratus Bukan Isu Besar!

Kesemua gabungan parti politik baik Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gerakan Tanah Air (GTA) mahu pun calon bebas, manifesto diangkat tersangatlah remeh dan lemah.

Misalnya jika dari sudut BN dan PN, masing-masing secara berulang-ulang bercakap tentang PH memerintah 22 bulan serta banyak keistimewaan orang-orang Melayu dan agama Islam diganggu gugat.

Dari sudut PH dan GTA pula, masing-masing secara berulang-ulang mahu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan mahu memenjarakan lebih ramai pemimpin BN kerana dianggap penuh dengan korupsi.

Namun dari sudut pandangan rakyat terutamanya orang-orang Melayu yang bukan akar umbi mana-mana parti politik, berkecil hati dengan kegilaan pemimpin parti politik, terus dipandang sepi.

Biar pun hak-hak mereka terus dirampas tangan-tangan yang berkuasa untuk menurunkan tanda tangan dan perjanjian sulit yang mengenyangkan di dunia sementara, ia tetap berterusan.

Menurut laporan media, tanah rizab Melayu misalnya tinggal kira-kira 12 peratus sahaja pada tahun ini (2022) dan ia mengalami pengurangan yang sangat ketara.

Tanah rizab Melayu yang diambil ini sepatutnya diganti namun biar pun yang memerintah adalah pemimpin orang-orang Melayu, kesialan ini terjadi tanpa noktah kerana mereka berkuasa.

Sudahlah semasa zaman British, menerusi perancangan jangka masa lama, British MENGHADIAHKAN 1 juta keluarga Cina tanah-tanah komersil (bandar) sehingga mereka mampu kuasai ekonomi.

Melayu kekal pada kawasan yang kurang membangun namun takkan selepas 1957 sehingga 2022, naratif ini masih perlu diikut dan tiada guna ramai anak-anak Melayu berpendidikan tinggi namun tetap miskin ekonomi.

Sepanjang mendengar ceramah yang keluar daripada mulut pemimpin daripada parti-parti di atas, isu lokaliti pun langsung tak dibicarakan sedangkan ia adalah kunci kepada rakyat.

Datang ke tempat rakyat, sesebuah Parlimen, bercakap tentang PH gagal, Anwar kemaruk nak jadi Perdana Menteri, Zahid kononnya kuasai Ismail Sabri, 1MDB dan sebagainya, rakyat naik bosan dan keliru.

Kepada calon pemimpin menjelang PRU15, usahlah bercakap perkara yang sia-sia kerana khidmat bakti dan tanggungjawab jika dipilih, ia bermula daripada lokaliti untuk dibicarakan dalam Dewan Rakyat!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button