Apa beza Melayu hari ini dan Melayu dahulu? Antara ramai yang tidak perasan atau sebenarnya perasan tetapi tidak mengambil ianya sebagai satu perkara yang perlu diberi tumpuan umum pada era ini.
Tidak perlu dicerita dalam pelbagai aspek yang membezakan Melayu dahulu dan Melayu hari ini, cukup kita lihat sahaja dari segi pemakaian baju yang melambangkan Melayu itu sendiri.
Di mana kebanggaan sebagai seorang Melayu itu jika baju tradisional atau baju kebangsaan negara ini sendiri tidak bangga untuk dibawa ke merata dunia?
Bayangkan jika baju tradisional Melayu iaitu baju Melayu dan baju kurung kita telah sampai ke Mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations. Mungkin baju tradisional orang Melayu sudah terkenal diseluruh pelusuk dunia.
Tetapi ini mungkin hanya tinggal angan-angan sahaja jika wakil negara lebih memilih untuk ber ‘tuxedo suit’ menghadiri mesyuarat PBB. Lebih bangga menyarung baju penjajah dari menyarung baju berkait identiti Melayu.
Persoalannya mengapa pemimpin Malaysia memilih untuk tidak menonjolkan identiti negara tersendiri sedangkan sebahagian pemimpin negara-negara lain dilihat dengan bangganya menyarungkan baju tradisional dan kebangsaan mereka ke mesyuarat PBB.
Antara negara dan kaum yang boleh dilihat pemimpin atau wakilnya dengan bangga mengenakan pakaian tradisional mereka di mesyuarat PBB atau UN ialah negara Papua New Guinea, India, Dayak dan banyak lagi.

Papua New Guinea, Mesyuarat PBB di New York, 2018




United Nations Permanent Forum on Indigenous Issue (UNPFII-18), April – May 2019
Di Indonesia pula, tidak kurang juga para pemimpin dan pembesar negara semasa menyambut hari ulang tahun kemerdekaan Indonesia. Masing-masing dengan bangganya mengenakan pakaian tradisi mereka.

Jika tidak dimulakan oleh mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam negara, maka agak sukarlah mendidik jiwa rakyat untuk sama-sama bawa identiti dan jati diri Melayu ke seluruh pelusuk dunia.
Ini adalah terkait dengan persoalan utamanya iaitu ‘Adakah Melayu ini jika hendak maju, mesti hilang rupa bangsa?’ Ini akan dibincangkan malam ini dalam Perbincangan Rakyat Demi Melayu Siri 21/2021.
Perbincangan Rakyat Demi Melayu (PRDM) akan bersiaran secara langsung di Facebook Page Demi Malaiu https://www.facebook.com/demimalaiu/
Klik di sini : https://t.me/DemiMalaiu untuk menonton dan membaca content menarik dari Demi Malaiu.