Sifat 20 merupakan Sistem Pengenalan kepada Allah S.W.T yang sangat mudah untuk difahami ini kerana sifat-sifat Allah SWT terlalu banyak sekali, baik disebutkan didalam al-Qur’an mahupun didalam hadis.
“Sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT tiada batasannya dan bukan bermaksud sifat Allah SWT terhad kepada bilangan 20 sahaja”.
Jadi jika umat islam disuruh untuk menghafal seluruh sifat -sifat yang ada, adakah ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat islam?.
Sedangkan pengajian sifat dua puluh memudahkan umat islam dengan menyebutkan sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruh sifat-sifat yang lainnya.
Seorang Muslim Wajib Tahu Tentang Sifat ALLAH SWT
Sebagai seorang Muslim perlu tahu bahawa Allah SWT mempunyai ciri-ciri yang wajib kita yakini. Menurut ulama, sifat-sifat Allah SWT ialah sifat wajib bagi Allah, sifat mustahil bagi Allah, dan sifat Jaiz atau Mumkin.
- Sifat wajib, adalah sifat yang pasti dimiliki oleh Allah SWT.
- Sifat mustahil, adalah sifat yang tidak mungkin ada pada Allah SWT.
- Sifat jaiz, adalah sifat bebasnya Allah berbuat atau tidak berbuat sesuatu.
Jika sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat-sifat Allah yang lain itu tergantung kepada sifat 20
Dengan erti kata lain jika sifat wujud Allah SWT tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya juga tidak ada.
Jika sifat Qidam Allah SWT tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain-lainnya juga tidak akan ada.
Sebab itulah sifat dua puluh ini sangat perlu sekali di pelajari, kerana terdiri dari intipati aqidah yang terdapat di al-Qur’an dan al-Hadis.
اِلَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِيْ وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ
“Wahai Tuhanku,Engkaulah tujuanku dan Redhamu yang kucari”
Islam yang telah Allah ta’ala redha kan untuk menjadi agama kita, dan disampaikan melalui utusan-Nya Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam merupakan satu syariat yang mencakupi persoalan hidup lahir dan batin. Syariat lahir disebut syariat. Syariat batin disebut tasawuf yang meliputi tarekat, hakikat dan makrifat. Hal itu sangat sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang merupakan kombinasi antara jasad lahir dan jasad batin.
Metodologi Pembelajaran Sifat 20
Pembelajaran Sifat 20 yang diteraskan oleh al-Asha’irah hanya sebagai satu metodologi untuk menghantar kita semua kepada makrifah (mengenal) Allah SWT secara yakin.
Seterusnya, madrasah al-Asha’irah ini juga membentangkan konsep yang benar tentang ketuhanan sesuai dengan dalil yang qatie dalam al-Qur’an, hadis dan ijmak ulama’.
Selain itu, akidah al-Asha’irah ini juga sebagai wasilah untuk menjawab terhadap penyimpangan di luar akidah Ahli Sunnah wa al-Jama’ah seperti Muktazilah, Jabariyyah, Qadariyyah dan sebagainya bahkan menzahirkan jawaban berkenaan Allah SWT secara mendasar dan mendalam.
Dengan ini, orang yang berakal waras dan sihat tidak akan mencela atau mencemuh satu metodologi yang dibawa dan diusahakan oleh ulama al-Asha’irah menerusi akidah Sifat 20 kerana perbincangannya mengenai Allah SWT yang Maha Esa.
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!
untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com