Disebabkan tak pernah rasa kemanisan iman, ia menjadi punca bagaimana fahaman sekular, liberal, ateis dan sebagainya boleh wujud dalam kelompok masyarakat akhir zaman.
Untuk mencapai kemanisan iman itu cukup mudah, hanya perlu membibitkan rasa rindu, kasih dan sayang yang teramat sangat kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Namun untuk mencapai ke arah itu, ia bermula dengan sesuatu yang kecil seperti hati, diri sendiri sehinggalah kepada tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga.
Mentega Terbang (The Butter-Fly) dan polemik masyarakat
Filem indie, Mentega Terbang atau dalam bahasa Inggerisnya The Butter-Fly (merujuk kepada rama-rama) adalah sebuah contoh yang baik untuk mengenal rupa pemikiran manusia yang tiada kemanisan iman.
Mentega Terbang telah pun disiapkan pada 2021 dengan menggunakan bajet sendiri atau ditaja pihak dan disebabkan ia bukanlah menggunakan dana Finas, filem ini memang sebuah filem indiependent (indie).
Jadi disebabkan ia adalah filem indie, memang Lembaga Penapisan Filem (LPF) tiada kuasa ke atasnya untuk membuat pemantauan, silap-silap tahu pun tidak, kecuali ia sudah tular.
Samalah seperti video pendek atau filem pendek yang ada di YouTube, Facebook dan TikTok, kebanyakannya adalah bergenre indie dan bukannya dibuat menerusi jalan Finas atau LPF.
Filem indie arahan Khari Anwar ini dikatakan pernah cuba memohon untuk mendapat kelulusan bagi tayangan di pawagam namun ditolak kerana isu berkait dengan agama.
Lebih-lebih lagi, Islam itu bukan hanya tertakluk kepada agama yang bertauhidkan Allah SWT sebaliknya ia juga merupakan cara hidup (way of life) akhir zaman yang diredai, selari dengan saranan Nabi Muhammad SAW.
Asasnya adalah kita seharusnya menjadi manusia yang berbuat sesuatu perkara demi mencari keredaan Allah SWT dan ujian dunia ini akan menentukan kelancaran perjalanan kita ke alam yang seterusnya.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.” (Surah al-Ahzab: Ayat 57)
Sekiranya dalam diri anak-anak Melayu Malaysia ini ada secebis rasa kemanisan iman, walaupun sejahat mana pun mereka, apabila sampai pada bab agama, sentiasa perlu ada had.
Mereka akan takut untuk berlebih-lebihan bercakap atau berbuat sesuatu yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT, mengguris hati Nabi Muhammad SAW dan menyakiti hati umat Islam yang lain.
Dialog Aishah Okay Untuk Makan Babi Ketika Bukan Sedang Darurat
Dalam Islam, jelas bahawa babi itu sudah dikategorikan sebagai salah satu daripada najis yang teramat berat iaitu najis mughallazah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah: Ayat 173)
Maka dalam klip yang tular itu, jelas bahawa skrip yang dilontarkan adalah Aishah (lakonan Syumaila Salihin) tiada masalah untuk makan najis mughallazah (babi) walaupun dia adalah Melayu daripada keluarga Islam.
Boleh Pilih Agama Yang Sesuai Selain Islam?
Dalam babak yang berasingan, terdapat pula seorang pelakon lelaki Melayu yang memberi nasihat bahawa tidak salah untuk mencari agama yang selesa dengan diri (pada sangkaan hati).
Dalam pemerhatian umum, ia adalah satu hujah atau saranan halus untuk menggalakkan anak-anak yang tidak mendapat pendidikan agama sempurna dari rumah untuk murtad.
Ini adalah kekeliruan yang jelas oleh mereka yang berfikiran liberal dalam memperjuangkan hak kebebasan individu, bukannya hak asasi Allah SWT yang Maha Pencipta.
Sarjana Muslim berhujah dengan ayat 74 dari Surah al-Taubah yang menjelaskan bahawa mereka yang kafir akan dikenakan azab di dunia.
يَحْلِفُوْنَ بِاللّٰهِ مَا قَالُوْا ۗوَلَقَدْ قَالُوْا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوْا بَعْدَ اِسْلَامِهِمْ وَهَمُّوْا بِمَا لَمْ يَنَالُوْاۚ وَمَا نَقَمُوْٓا اِلَّآ اَنْ اَغْنٰىهُمُ اللّٰهُ وَرَسُوْلُهٗ مِنْ فَضْلِهٖ ۚفَاِنْ يَّتُوْبُوْا يَكُ خَيْرًا لَّهُمْ ۚوَاِنْ يَّتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللّٰهُ عَذَابًا اَلِيْمًا فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ ۚوَمَا لَهُمْ فِى الْاَرْضِ مِنْ وَّلِيٍّ وَّلَا نَصِيْرٍ
Maksudnya: “Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.” (Surah al-Taubah: Ayat 74)
Menurut al-Imam Ibn Kathir, ‘azab di dunia’ yang dimaksudkan ini adalah (mereka yang murtad) akan dihukum bunuh di dunia dan Al-Imam al-Tabari serta al-Qurtubi turut memberikan makna yang sama seperti ini.
Dalam hadis pula, hukuman terhadap murtad sangat jelas kerana Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” (HR al-Bukhari)
Tidakkah perkara ini menimbulkan kegentaran dalam hati mereka yang terlibat dalam menulis skrip Mentega Terbang (The Butter-Fly) walaupun alasannya ia berlaku dalam masyarakat.
Benar.. ia berlaku dalam masyarakat namun ia dilakukan oleh kumpulan yang menolak perintah Allah SWT dan bahagia dengan hawa nafsu menerusi janji iblis yang akan sesatkan anak-anak Adam AS sehingga kiamat.
Remehkan Kedudukan Islam Punca Segala Masalah
Masyarakat hari ini meletakkan Islam sebagai agama sahaja, tidak merangkumi ibadah dan anggapan mereka, cukuplah dengan laksanakan lima rukun Islam dan enam rukun iman yang sering dihafal untuk peperiksaan.
Tetapi cara untuk melaksanakan rukun ihsan yang membawa maksud beribadahlah seperti kita melihat Allah SWT dan sekiranya tidak nampak, kita tahu bahawa Allah SWT sedang melihat kita.
Namun perkara ini tidak diajar dalam buku teks pendidikan agama Islam di sekolah, tahu-tahu tamat belajar dan terus bekerja, tahu-tahu sibuk uruskan keluarga sampai ke tua.
Anak-anak yang tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna dari rumah menjadi barah yang cukup serius dalam masyarakat yang sedang sakit akibat terdedah kepada bisikan syaitan yang berpanjangan.
Kena pula pada zaman ini, kebanyakan negara tampil dengan undang-undang tersendiri menurut neraca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan terpengaruh dengan dakyah one religion.
Banyak perkara yang disarankan dalam Islam, dipinggirkan sehingga mencetuskan pelbagai masalah dan mereka yang selesa melanggar perintah Allah SWT menuduh Islam adalah kejam.
Sedangkan pada hakikatnya, kalau jadi hamba Allah SWT dan umat Nabi Muhammad SAW yang baik, ikut perintah agama, pasti tidak direjam dengan batu (bagi kes zina) atau kena potong tangan (curi).
Jadi.. jangan salahkan Islam itu kononnya mengongkong sedangkan hanya umat Islam sahaja yang kukuh pendiriannya mahu pertahankan agama demi Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Kenali Wajah Produser, Pengarah, Penulis Skrip & Pelakon Mentega Terbang
@demi_malaiu Filem indie Mentega Terbang memang bukan bawah pemantauan LPF atau Finas tetapi ia bukan lesen untuk lekehkan kedudukan agama Islam dalam Malaysia