AgamaIsu Semasa

Tak Kisahlah Mualaf Ke Apa, Tiga Anak Siew Hong Wajib Dimurtadkan! – MCCBCHST

Dalam sibuk ahli politik mengatur strategik bagaimana mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, berlaku satu krisis melibatkan akidah yang hangat di negeri Perlis ketika ini.

Mungkin nampak sepi kerana media arus perdana tidak mengangkat atau menyedari isu ini kecuali portal-portal yang dibiayai oleh bukan Muslim, isu akidah memang jadi ‘makanan’ mereka.

Apa Cerita Sebenarnya? Tak Tahu Pun!

Baru-baru ini, Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menulis dalam Facebook miliknya bahawa penukaran agama tidak boleh dilaksanakan sesuka hati dan mesti mengikut undang-undang.

Dakwanya, kononnya ada seorang lelaki bernama Nagahswaran Muniandy telah memukul isteri, Loh Siew Hong sebelum bercerai sehingga dimasukkan ke rumah perlindungan khas.

Selepas penceraian, Nagahswaran berhijrah ke Perlis dan mengIslamkan tiga orang anaknya yang masih berada di bawah umur, sebelum dipenjarakan akibat masalah dadah.

Ketiga-tiganya kini ditempat di sebuah rumah perlindungan NGO Islam dan ibu mereka, Loh Siew Hong kini tampil mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya itu.

Siew Hong tidak berpuas hati dengan pengIslaman itu dan mendakwa ia dilakukan secara terpaksa dan beranggapan anak-anaknya belum cukup akal untuk berfikir soal agama.

Ini Respon Dr. Maza

Dek kerana pengIslaman itu dibuat di Perlis, nama Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. Maza sebagai mufti negeri terpalit dan kini menerima serangan serta asakan daripada peguam yang mewakili Siew Hong.

Namun demikian, Dr. Maza berpendirian yang datang mengIslamkan tiga kanak-kanak itu adalah bapanya sendiri dan bukannya peguam serta isu hak penjagaan ibu semakin jelas tidak menjadi isu utama.

Yang menjadi isu utama bagi peguam yang kononnya mengendalikan kes ini adalah apa-apa cerita sekali pun, agama Islam yang dianuti kanak-kanak itu wajib dibatalkan.

Sedangkan ketika ditanya kepada tiga kanak-kanak itu adakah mereka dipaksa, rasa tertekan atau sekadar ikut bapa (Nagahswaran) maka jawapan yang diterima adalah mereka mahu jadi Islam sejak awal lagi.

Sehubungan itu, Dr. Maza berpendapat akidah tiga kanak-kanak ini sebagai mualaf harus dipelihara dan percubaan memurtadkan agama adalah tindakan yang sangat biadab.

Ramasamy Tak Puas Hati, Anggap Kenyataan Mufti Karut

Namun demikian Ramasamy tidak berpuas hati dan berpendapat hujah-hujah tentang enakmen negeri Perlis adalah karut dan tidak relevan dengan kes yang sedang terjadi.

Antara yang dibangkitkan adalah tentang persetujuan salah seorang ibu atau bapa untuk penukaran agama, bapa memberi restu untuk penukaran agama serta anak-anak yang mahu kekal sebagai orang Islam.

Bagi Ramasamy, ia bukan sahaja bertentangan dengan keputusan mahkamah persekutuan tetapi alasan yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

MCCBCHST Desak Batalkan Pertukaran Agama

Sementara itu, Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) mendesak Jabatan Agama Perlis untuk membatalkan penukaran agama tiga kanak-kanak itu.

Bagi MCCBCHST, penukaran agama tidak boleh dilakukan secara sepihak selain mendakwa Mufti Perlis melakukan kesilapan apabila membenarkan kanak-kanak menukar agama tanpa pengetahuan ibu mereka.

Stupid Mufti Will Learn A Lesson?

Ustaz Ramai Tidur, Politikus Sibuk Berkempen

Meninjau ruangan komen, ramai netizen beranggapan ustaz-ustaz di Malaysia mungkin sedang tidur dan tidak begitu cakna akan isu ini sedangkan ia sesuatu yang penting untuk dibahaskan.

Kesedapan para ustaz yang sedang tidur hanya membuka peluang kepada peguam dan kumpulan masyarakat yang beraliran bencikan Islam untuk menjuarai persepsi awam.

Maka digesa untuk para ustaz, ilmuan agama bahkan peguam Muslim tampil untuk membicarakan topik ini agar satu Malaysia tahu Islam di Tanah Melayu jangan diperkotak-katik.

Kepada ahli politik Muslim yang sibuk bersedia menggerakkan jentera dan strategi PRN Johor, cuba lihat isu ini dan ketahuilah perjuangan memastikan Islam terpelihara akan lebih dipandang mulia!

➡️ KLIK SINI: Sertai Group Whatsapp Demi Malaiu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker