Celoteh Tok Sidang

Tak Boleh Samakan Konsep Sistem Monarki Alam Melayu Dengan Monarki Inggeris

Dalam Alam Melayu, konsep monarki bukan seperti mana sistem monarki Inggeris atau mana-mana negara barat.

Sistem monarki di wilayah ini adalah bersandarkan Islam. Sebelum Islam disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. dari wahyu Allah, sistem monarki sudah wujud.

Sebagai contoh, Nabi Sulaiman adalah raja, Firaun adalah raja, dan raja-raja seterusnya hingga hari ini.

Setelah Islam datang, ia memurnikan konsep monarki di mana manusia tidak lagi menyembah raja sebaliknya menerima Allah sebagai ILAH iaitu Yang Maha Berkuasa, Yang Berhak di Sembah, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pelindung, Maha Adil, Maha Pembuat Undang-udang.

Allah adalah Raja Sekalian Alam, Raja di Padang Mahsyar, Raja di Dunia dan Akhirat.

Manusia tidak layak menjadi raja, malah raja manusia duduk di bawah kuasa dan perundangan Allah.

Raja adalah khalifah Allah yang menjaga, mengurus muka bumi dan isinya. Raja yang soleh dan adil ialah raja yang memerintah manusia, jin, gunung-ganang, sungai, lautan, haiwan, awan, dan tumbuh-tumbuhan.

Semua ini adalah makhluk Allah yang akan memberi khidmat kepada raja yang sah, pewaris yang sah, yang soleh lagi bertaqwa.

Raja ini menjaga manusia, bukan manusia jaga raja. Raja memberi khidmat kepada rakyatnya dan bukan sebaliknya.

Kedaulatan watan kita tidak sama dengan Inggeris yang ada sistem monarki, yang menceroboh tanah watan kita.

Kita tidak boleh menggunakan monarki barat sebagai kayu ukur untuk kita ikuti tetapi kita harus berpegang kepada konsep kedaulatan kita sendiri yang berpaksikan Islam.

Maka penghulu yang dianggap raja kecil juga adalah khalifah kecil dalam tanah jajahannya tersendiri.

Penyambungnya bukan sebarang waris tetapi pewaris yang sah yang telah digariskan oleh S.OPnya melalui adat dan adab dalam budaya dan peradaban kita.

Ini yang tidak difahami oleh kaum lain, golongan liberal, golongan Islam liberal, dan golongan yang masih membawa pemikiran pendatang zaman silam.

Perkara ini perlu diperhalusi dan perlu difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira kaum, supaya mereka faham tentang sistem politik negara ini dan tidak akan mempersoalkan ia di kemudian hari.

 

 

 

 

 

 

Dato’ Paduka Prof. Dr. Supyan Hussein

Felo Penyelidik Utama, Institut Pengajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

MISI CAPAI 100,000 LIKE 

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker