Pada 24 Mac dalam tahun 1876, pihak tanah jajahan Inggeris di London telah melantik Philippon Plunket dan Paul sebagai Pesuruhanjaya bagi mengkaji kedudukan Sultan Ismail dan kekacauan yang berlaku di Negeri Perak.
Hasil dari kajian itu pihak Inggeris mendapati bahawa kekacauan itu berlaku akibat dari penentangan pembesar-pembesar di Perak apabila termaktubnya Perjanjian Pangkor pada 1874.
Sultan Abdullah yang menandatangani Perjanjian itu kemudiannya menyedari bahawa kuasa baginda mulai hilang kerana campur tangan Inggeris.
Ini menyebabkan baginda mulai merancangkan satu pakatan penentangan terhadap Inggeris. Keadaan ini menjadi bertambah hebat bila Sultan Ismail juga bersetuju dengan pakatan tersebut.
Ini menyebabkan timbulnya penentangan yang diketuai oleh Dato Maharaja Lela dengan dibantu oleh Pembesar-pembesar Negeri Perak yang lain.
J.W.W. Birch telah dibunuh dan Inggeris bertindak balas terhadap penentangnya itu. Sultan Ismail telah melarikan diri bersama-sama dengan 180 orang pengikut-pengikut baginda dan membawa alat-alat kebesaran Kesultanan Negeri Perak.
Ketiadaan alat-alat kebesaran ini serta penglibatan pembesar-pembesar Perak dalam penentangan terhadap Inggeris, menyebabkan pihak Inggeris merasa lebih bimbang.
William Jervois, Gabenor Negeri-negeri Selat telah menghantar surat kepada semua Sultan supaya jangan membantu sesiapa juga dari Perak jika meminta pertolongan.
Akhirnya Sultan Ismail menyerah diri kepada Colonel Anson pada 23 Mac, 1876. Baginda kemudiannya dibawa ke Singapura dan menyerahkan alat-alat kebesaran kesultanan Perak kepada Gabenor.
Sementara itu Dato’ Maharaja Lela ditangkap dengan bantuan Sultan Johor dan Sultan Abdullah telah dibuang negeri.
Sumber: Arkib Negara Malaysia
Apa pendapat anda? Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah-kisah menarik tentang agama, sejarah dan fitnah ke atas bangsa Melayu? Klik pada poster di bawah:
DAFTAR SINI> Sertai Seminar Eksklusif Agama | Sejarah | Fitnah Ke Atas Bangsa Melayu
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!