Isu Semasa

Tahun 2024 – Bermulanya Sebuah Kebangkitan di Nusantara?

Jika diperkirakan, maka tahun 2024 adalah telah genap seratus tahun tumbangnya Khalifah umat Islam iaitu Empayar  Uthmaniyyah  di Turki. Dan setiap seratus tahun pula akan muncul seorang Mujaddid utusan Allah SWT untuk memperbaharui urusan agama.

Atas dasar itu, maka wajarlah umat bersedia untuk menyambut kemunculan Mujaddid tersebut dan bersedia untuk menerima perubahan dan berubah.

Menurut Penganalisis politik dan ekonomi bebas, Dato’ Dr Ramalan Yunus, 2024 adalah tahun permulaan sebuah proses Islah dan Tajdid atau Restorasi dan Transformasi khususnya kepada umat di Kepulauan Melayu ini iaitu umat di seluruh Nusantara.

Dibelakang dunia inilah akan munculnya kuasa ketiga untuk mengimbangi persaingan antara kumpulan G7(kumpulan negara-negara maju) yang didukung oleh World Economic Forum atau WEF yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan BRIC (kumpulan alternatif) yang dipimpin oleh China dan Rusia.

Pada zaman ini hasil bumi dari kepulauan Melayu ini akan terus menjadi rebutan kedua kelompok tersebut. Hasil bumi ini juga yang akan menjadi the real deal atau bargaining power di arena geo politik antarabangsa.

Kedua-dua kelompok ini akan terus berusaha dan bersaing untuk menguasai wilayah kepulauan Melayu ini.

Kini terserah kepada para pemimpin negara-negara ASEAN khususnya negara-negara dalam pakatan BIMP – EAGA untuk menghadapi geo strategi dari kedua-dua kelompok tersebut.

Bagaimana sikap Malaysia dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini akibat dari persaingan kedua-dua kelompok?

Berdasarkan kepada realiti semasa, para elit politik kita kelihatannya tidak mempunyai idea mengenai apa yang sedang berlaku.

Mereka tidak bersungguh -sungguh dalam membangun negara apatah lagi untuk memperkasakan negara.

Sebaliknya, mereka lebih ghairah untuk berebut kuasa berbanding untuk mempersiapkan negara ini bagi menghadapi geo strategi kedua kelompok yang sedang bersaing dengan hebat.

Islam itu adalah akhlak. Bukan sekadar sebuah keyakinan. Maka seharusnya Muslim itu adalah golongan yang sangat beradab atau beretika.

Hal ini kerana sudah hilangnya kesedaran sejati dari kalangan umat Islam.

Mereka beragama bukan untuk membina peradaban dan akhlak tetapi lebih kepada untuk mendapatkan approval atau validation manusia mengenai benarnya keyakinan atau kepercayaan mereka sahaja.

Ini yang harus disedari oleh golongan yang mengaku sebagai umat Islam. Bahawasanya, agama itu adalah cara hidup atau peradaban atau akhlak. Bukan sebatas keyakinan atau kepercayaan sahaja.

Baca juga >> Palestin-Tanah Melayu: Hubungan Terjalin Sejak Tahun Sebelum Masihi

Sempena dengan kedatangan tahun baru iaitu tahun 2024, saya menyeru kepada semua pihak agar belajar untuk berfikir dengan betul dan bertindak dengan betul.

Masa depan adalah keputusan pada hari ini. Maka putuskanlah untuk menjadi personaliti yang hebat dan berjuang untuk menjadi personaliti yang hebat agar kita dapat mencipta realiti yang hebat pula.

Agar tidak gagal faham, maka yang sebenarnya perlu dibangkitkan itu adalah kesedaran sejati. Bukan Islam. Islam tidak pernah tenggelam. Yang tenggelam dalam dada umat manusia adalah kesedaran sejatinya.

Apabila kesedaran sejatinya tenggelam maka yang timbul itu adalah egonya.

Kesimpulannya, inilah yang harus difahami oleh umat manusia tanpa mengira apa pun kepercayaannya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia belajarlah untuk menghormati dan menerima perbezaan di kalangan kita.

Akhir kata, warganegara yang baik itu bukanlah kerana agama atau bangsanya tetapi adalah kerana akhlaknya. Iaitu adab atau etikanya.

Selamat menyambut tahun baru 2024. Semoga anda semua sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Sakinah, Mawaddah wa Rohmah.

Yang menarik: Himpunan 10K Solidariti Palestin

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker