Syirik ke kalau buat kenduri arwah/tahlil? Boleh atau tidak boleh sebenarnya? Amalan yang sudah sebati dengan umat Islam di Malaysia ini tiba-tiba tidak boleh dilakukan pula.
Inilah permasalahan yang sejak dua menjak ini menjadi topik hangat warganet Malaysia.
Untuk menjawab persoalan ini, ada bagusnya kita semua tahu apakah sebenarnya kenduri tahlil/arwah ini.
Sudah menjadi lumrah dan sebati dengan budaya orang Melayu untuk melakukan kenduri tidak kira la kenduri tahlil ke kenduri kahwin ke, itu sudah menjadi amalan yang memang sejak zaman nenek moyang dahulu lagi sudah diamalkan.
Kenduri tahlil dilakukan apabila adanya ahli keluarga yang meninggal dunia (ada ke yang tidak tahu?)
Sememangnya budaya kenduri tahlil ini tidak dinyatakan dalam dalil-dalil Al-Quran dan hadis-hadis yang khas menyatakan tentang amalan ini, namun ianya juga tidak dinyatakan sebagai amalan larangan.
Maka, ianya dianggap sebagai isu khilafah dan perkara bidaah.
Bidaah pula terbahagi kepada dua, bidaah dolalah (baik) dan bidaah hasanah (sesat).
Untuk meletakkan sesuatu amalan atau budaya sebagai bidaah dholalah atau hasanah, beberapa perkara harus dilihat.
Sebagai contoh, dalam kenduri tahlil, adakah terdapat perkara-perkara yang secara terang-terangan syirik mahupun yang melanggar syariat Islam itu sendiri?
Untuk melihat kepada perkara ini, seseorang haruslah mengetahui tujuan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sewaktu majlis ini.
Semasa majlis ini tetamu akan beramai-ramai membaca Yasin dan surah-surah yang lain dan akhir sekali mendoakan kepada roh si mati.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa bukankah lebih afdal waris si mati yang mendoakan kepadanya, bukannya orang luar.
Ya, memang betul, tetapi ada lagi beberapa aspek yang kita semua perlu pertimbangkan.
Yang pertama, dalam kenduri arwah itu, sudah tentu waris si mati akan ada bersama dalam majlis itu, dan dengan izin Allah segala doa-doa yang bacaan Al-Quran itu akan sampai kepada si mati.
Kedua, di dalam kenduri itu juga akan adanya ramai tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Contohnya, anak yatim, pelajar-pelajar madrasah dan yang lebih berkat lagi sekiranya danya wali-wali Allah dikalangan tetamu Allah itu.
Bukankah di dalam Islam sendiri telah diberitahu doa orang-orang soleh dan alim itu akan diangkat oleh Allah.
Dengan doa-doa mereka, mungkin azab si mati akan dikurangkan dan mungkin juga diampunkan terus oleh Allah.
Sekiranya adanya wali Allah dan orang-orang yang alim dan soleh ini, dan Allah mengangkat doa mereka, bukankah itu satu kelebihan kepada arwah?
Ketiga, dengan adanya tetamu yang datang melawat keluarga si mati, sudah tentu ini akan mengangkat sedikit sebanyak rasa kehilangan dan kesedihan oleh keluarga tersebut.
Adanya keluarga yang terdekat akan dapat membantu sedikit sebanyak dalam menguruskan hal-hal harian yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh keluarga awah dalam tempoh tersebut dan dalam masa yang sama, dengan kehadiran ahli-ahli keluarga yang lain, dapat mendoakan arwah beramai-ramai, sedikit sebanyak dapat melegakan hati keluarga si arwah.
Malaikat juga turut menghadiri majlis-majlis yang melafazkan ayat-ayat Allah ini dan sekali gus memberkati majlis tersebut.
Budaya melakukan kenduri arwah ini bukan sahaja dilakukan dalam budaya Melayu bahkan di Uzbekistan, dan sesetengah orang Arab juga melakukan hal yang sama.
Namun demikian, cara mereka bukan berbeza daripada cara Melayu, mengikut kepada budaya masing-masing.
Sebagai contoh, sesetengah orang Arab semasa membuat kenduri ini, mereka hanya menjamu tetamu dengan memberi minuman.
Menjamu tetamu dengan makanan atau minuman tidaklah ada syarat khusus, kalau mampu jamu dengan makanan, kalau tidak, tiada makanan atau minuman pun tidak mengapa.
Dalam budaya Melayu pula, selalunya semasa kenduri tahlil ini, tetamu dihidangkan dengan makanan di mana selalunya kaum keluarga terdekat akan menyediakan jamuan untuk para tetamu.
Tujuan tetamu dijamu dengan makanan dan sebagainya adalah dengan niat untuk bersedekah dan juga menyantuni para tetamu yang meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut, dan bukanlah untuk bertujuan membuat pesta atau meraikan kematian si arwah. Nauzubillahiminzalik.
Seusai kenduri itu juga, para tetamu akan menyantuni keluarga si arwah pula dengan bertanya khabar sebagai tanda mengambil berat kepada keluarga arwah dan kebiasaannya sedikit sumbangan akan diberikan kepada keluarga si arwah.
Jika dilihat disini, adanya dua hala kebaikan yang berlangsung antara keluarga arwah dan para tetamu.
Inilah keindahan budaya masyarakat Melayu yang mengambil berat satu sama lain.
Jadi persoalannya disini, setelah ditimbang tara amalan kenduri tahlil ini, dimanakah letaknya kesyirikan atau perkara yang menyalahi syariat agama Islam yang berlaku dalam pengamalan budaya ini?
Layakkah amalan tradisi Orang Melayu ini diletakkan sebagai bidaah hasanah?
Lagi pula, budaya kenduri tahlil/arwah ini telah dilakukan sejak dahulu lagi dan ulama-ulama tanah Melayu dari dulu lagi tidak pernah menghalang untuk meneruskan amalan budaya ini.
Sudah banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh pihak jabatan mufti dan ianya tidak bercanggah sama sekali dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah As-syariah Maturidiah dan ianya digalakkan untuk meneruskan budaya ini atas sebab-sebab positif yang boleh dimanfaatkan terutamanya dalam menjaga keharmonian dan kemaslahatan umat Islam dalam negara ini.
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!