Agama

Syam’un Ghozi AS, Rasul Yang Dikurniakan Kekuatan Agung Mengalahkan Superhero!

Syam’un Ghozi AS merupakan seorang rasul yang dikurniakan kekuatan agung mengalahkan watak-watak superhero yang ada pada zaman ini.

Digambarkan memiliki tubuh yang sangat sasa lagi perkasa, Syam’un Ghozi AS juga dipanggil dengan beberapa nama lain seperti Samson dan Simson.

Syam’un Ghozi diturunkan untuk Bani Israel di tanah Romawi agar Bani Israel beriman kepada Allah SWT kerana itulah tujuan manusia diciptakan.

Namun betap enggannya Bani Israel ini, meskipun dikurniakan terlalu banyak nabi dan juga rasul, mereka tetap memilih untuk ingkar perintah Allah SWT.

Hari ini mereka berdiri dengan dakwaan kononnya mereka adalah saki-baki Bani Israel yang terpilih namun tetap menolak perintah Allah SWT.

TEWASKAN 70,000 BANI ISRAEL DENGAN TUMBUKAN

Menurut pengkisahan berkenaan rasul ini, Syam’un Ghozi AS menundukkan 70,000 orang Bani Israel seorang diri yang enggan beriman kepada Allah SWT.

Bagaimana caranya? Dengan tumbukan tangan yang Allah SWT kurniakan kekuatan luar biasa bahkan haiwan seperti singa yang ganas juga mampu ditumbangkan.

Disebabkan Syam’un Ghozi AS menyampaikan kebenaran dan perlunya beriman kepada Allah SWT, raja yang ada pasal ketika itu merancang agenda jahat.

ISTERI YANG MENGKHIANATI

Punyalah kejam Bani Israel terhadap rasul yang diutuskan kepada bangsa mereka, seorang isteri pun sanggup mengkhianati suaminya.

Syam’un Ghozi AS memiliki seorang isteri bernama Delaila. Delaila ditawarkan sultan dengan kekayaan yang banyak jika berjaya mencari rahsia bagaimana boleh lemahkan Syam’un Ghozi AS.

Dicubanya dengan ingat tali, rantai dan sebagainya ke atas Syam’un Ghozi AS semasa tidur, dan setiap kali bangun semua ikatan itu mampu dileraikan dengan mudah.

Sampailah suatu ketika Syam’un Ghozi AS bertanya kepada Delaila apa tujuannya berbuat demikian dan Delaila menjawab sekadar cuba untuk menguji.

Di situlah bermulanya episod awal Syam’un Ghozi AS mendedahkan rahsianya kepada insan yang paling dicintai, isterinya sendiri yang sanggup berpaling tadah.

Syam’un Ghozi AS menceritakan dirinya hanya akan lemah jika diikat dengan rambutnya sendiri dan setelah mengetahui perkara itu, Delaila membuat perancangan.

RAMBUT DIPOTONG, MATA DIBUTAKAN

Semasa Syam’un Ghozi AS tidur, Delaila memotong rambut Syam’un Ghozi AS dan mengikat pada tubuhnya bersama dengan katil.

Usai bangkit dari tidur, Syam’un Ghozi AS memang lemah dan tidak berdaya dan perkara itu disampaikan kepada raja yang membenci Syam’un Ghozi AS.

Syam’un Ghozi AS dibawa ke istana dan raja kepada Bani Israel ketika itu tersangat gembira lalu membuat keputusan untuk membutakan mata Syam’un Ghozi AS.

Biar pun buta namun dengan dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT, Syam’un AS dikurniakan kekuatan untuk bangkit menyampaikan kebenaran.

HANCURLAH ISTANA BERSAMA MANUSIA YANG KUFUR

Dengan hanya tangan yang kosong, Syam’un Ghozi AS dikurniakan kekuatan untuk menghancurkan istana yang sangat besar dan semuanya mati dalam keadaan kufur.

Kesemua yang mati itu termasuklah kaum Bani Israel yang enggan beriman kepada Allah SWT, raja Israel yang kejam serta isteri yang pernah dicintainya.

BAGAIMANA TERJADINYA PAHALA IBADAH 1000 BULAN?

Setelah peristiwa itu, Syam’un Ghozi AS bersumpah kepada Allah SWT akan menebus semua dosa-dosanya dengan berjuang menumpas kebathilan dan kekufuran yang lamanya 1000 bulan tanpa henti.

Nabi Muhammad SAW menceritakan perihal Syam’un Ghozi yang berjuang fisabilillah selama 1000 bulan ini kepada para sahabat dan salah seorang sahabat berkata:

“Ya Rasulullah, kami ingin juga beribadah seperti nabiyullah Syam’un Ghozi AS”.

Kemudian Nabi Muhammad SAW, diam sejenak. Datang Malaikat Jibril AS dan mewahyukan kepada Baginda tentang satu perkhabaran yang cukup mengujakan :

“Bahawa dalam bulan Ramadan, ada sebuah malam, yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan (merujuk kepada malam lailatul qadar)”.

Pada kitab Qishashul Anbiyaa, dikisahkan, bahawa Nabi Muhammad SAW tersenyum sendiri, lalu bertanyalah salah seorang sahabatnya, “Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah?”

Rasullah menjawab : “Diperlihatkan kepadaku pada hari akhir ketika seluruh manusia dikumpulkan di padang mahsyar. Semua nabi dan rasul berkumpul bersama umatnya masing-masing, masuk ke dalam syurga. Namun ada salah seorang nabi hanya membawa pedang, yang tidak mempunyai pengikut satu pun, masuk ke dalam syurga, dia adalah Syam’un.”

Syam’un Ghozi AS merupakan salah seorang daripada 313 rasul yang ceritanya tiada dalam al-Quran namun kisahnya ada untuk dijadikan pedoman untuk menguatkan hati beriman kepada Allah SWT.

Masih mahu jadikan karakter fiksyen sebagai idola? Ayuh cintai para nabi dan rasul, bongkar sejarah dan kisah mereka, dekatkan diri dengan Allah SWT!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker