Dunia hari ini dikatakan akan hancur-lebur dan hilang arah tujunya jika sesebuah negara itu tidak mempunyai seseorang pemimpin yang baik.
Namun untuk menilai siapakah pemimpin yang baik itu, ia adalah satu perkara yang sangat subjektif kecuali dapat dihidu oleh musuh tegarnya.
Ini kerana seseorang pemimpin itu boleh nampak baik dari segi luaran, pemakaian, tingkah laku dan gaya percakapannya.
Tetapi di sebalik semua itu, ada di antara mereka mempunyai pakatan sulit dengan musuh-musuh Islam dan terlibat dalam perancangan ‘menjual’ Malaysia.
Bagaimana cara ‘menjual’ itu akan dikupas dalam artikel yang seterusnya dan dalam artikel ini, penulis ingin menyentuh satu persoalan besar, adakah rakyat mempunyai pilihan?
Jika dilihat pada sistem pengundian sekali pun, ia seolah-olah tidak lagi relevan dan ditambah pula rakyat khususnya generasi muda sudah hilang kepercayaan pada pemimpin lama.
Baca juga Memo Rakyat: Pemimpin Yang Dimahukan
Yang masih pertahankan pemimpin lama yang sudah ‘tamat tempoh’ adalah keldai-keldai tua yang masih mencari rumput untuk dimakan.
Berbeza dengan generasi muda yang semakin terbuka matanya melihat ada syaitan yang bertopengkan pemimpin berleluasa dalam sistem demokrasi.
Untuk mengatasi permasalahan ini, pemimpin yang akan diangkat untuk memegang sesuatu jawatan haruslah datang dengan latar belakang yang bertepatan.
Jangan kerana ‘dia’ cuma ada nama, kuasa dan pengaruh, terus layak dicalonkan menjadi pemimpin dan akhirnya rakyat yang mengundi cuma ternganga mulutnya.
Ternganga akibat diperdaya dan syaitan yang bertopengkan pemimpin ini kenyang dunia sehingga rakyat pun susah menjalani kehidupan!