BAHAGIAN KEDUA
Propaganda Francis Light: Ingkar Dan Khianat Perjanjian
Francis Light berusaha secara licik menyembunyikan dan menyeleweng fakta dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) bahawa Kedah adalah di bawah naungan Siam kemudian Light telah menghadap Sultan Abdullah Mukarram Shah pada tahun 1786 untuk memujuk Sultan menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah.
Menerusi perjanjian ini, Sultan Kedah membenarkan Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat SHTI memberikan perlindungan ketenteraan kepada Kedah beserta bayaran sewa sebanyak 30,000 Dolar Sepanyol setahun.
Perjanjian ini, walau bagaimanapun tidak ditepati dan dikhianati oleh Light apabila dia ingkar dan enggan melindungi Kedah dari musuh-musuhnya terutama sekali pihak Siam.
Murka akan keadaan ini selain menyedari pengkhianatan Light, Sultan Kedah cuba untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang pada tahun 1790. Akan tetapi, belum sempat baginda berbuat sedemikian, Light yang telah berkhianat ditambah gerakan liciknya ketika itu telah lebih dahulu melancarkan serangan awal yang mengejut ke atas Prai dan hal ini memaksa Sultan untuk berundur.
Sewakan Tanah Tanpa Rela Dengan Cara Paksaan?
Dalam keadaan keterpaksaan, baginda tiada pilihan lain tetapi untuk secara tanpa rela telah dengan terpaksa menyewakan Pulau Pinang kepada Inggeris dan seterusnya Prai juga, yang telah dinamakan semula sebagai ‘Province Wellesley’ pada tahun 1800 dengan hanya bayaran nominal setahun sebanyak 16,000 Dolar Sepanyol, bukannya 30,000 Dolar Sepanyol yang sepatutnya dibayar menurut Perjanjian Inggeris-Kedah 1786.
Sehingga kini, kerajaan negeri Pulau Pinang masih membayar honorarium tahunan sebanyak RM 18,800 kepada Sultan Kedah. Episode sejarah pengkhianatan beserta agenda licik Francis Light ini yang mengakibatkan kenapa timbulnya perdebatan dan penafian bahawa Pulau Pinang tidak semena-mena didakwa bukan lagi milik Kedah yang kemudian telah dijadikan negeri-negeri Selat, seangkatan dengan Melaka dan Singapura.
Bertitik tolak dari komplot Francis Light inilah yang menjadi petualang bermulanya agenda rampasan secara tidak sah dan patut dipertikaikan.
Dalam satu catatan, Pulau Pinang dan Seberang Perai kekal milik Kesultanan dan Sultan Kedah, dari segi sejarah, sosial dan ekonomi. Undang-undang Negeri Kedah terpakai ke atas pulau itu sebelum ia “dirampas” secara licik oleh Undang-Undang Common pada 1807.
Negeri ‘Vassal’ Hanyalah Negeri Naungan Lindungan Bukan Negeri Jajahan
Walaupun, Kedah pernah dijadikan negeri naungan Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu ulung yang berpusat di Palembang pada kurun ke-7 Masihi.
Namun, selepas keruntuhan Empayar Srivijaya pada kurun ke-13 Masihi itu sekaligus menjadikan Kedah negeri vassal atau negeri dibawah naungan dan lindungan empayar-empayar lain yang lebih berpengaruh ketika itu seperti Majapahit, Kesultanan Melaka dan Siam. Seterusnya, diletakkan sebagai negeri lindungan Inggeris setelah Perjanjian British-Siam dimeterai pada tahun 1909 di Bangkok.
Namun, Sejarah mencatatkan bahawasanya terdapat banyak empayar di seluruh dunia yang telah menjadikan negeri-negeri lain sebagai negeri lindungan atau vassal bagi memperluaskan kuasa mereka tanpa perlu penjajahan berbentuk ketenteraan dilakukan.
Dalam erti kata lain, konsep ‘vassal’ ini merujuk kepada negeri-negeri lindungan menyerahkan hal-ehwal urusan luar negeri kepada negara pelindung dan sebagai ganti, negeri pelindung akan memberikan jaminan autonomi menerusi pengiriman tanda-tanda penghormatan dan persahabatan secara formal seperti pengiriman bunga emas dan sebagainya.
Amalan ini, dilakukan oleh banyak negara di seluruh dunia termasuklah kerajaan-kerajaan awal Melayu sendiri.
Sebelum era penjajahan Barat, kerajaan Melayu Srivijaya berjaya menjadikan banyak negeri kecil yang wujud di Pulau Sumatera, Jawa Barat dan Tanah Melayu sebagai negeri di bawah naungannya di antara kurun ke-7 Masihi hingga kurun ke-13 Masihi.
Negeri-negeri Melayu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu juga pernah menjadi negeri naungan Siam sehingga tahun 1909, sebelum British mengambil alih sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Bagaimanapun, perlu difahami, negeri naungan tidak mempunyai status yang sama dengan negeri jajahan, kerana negeri naungan masih mempunyai kuasa autonomi dalam menguruskan hal ehwal dalaman negerinya sendiri dan hanya menyerahkan urusan luar negeri untuk diuruskan oleh negeri penaung.
Berbanding, negeri jajahan seperti Portugis-Melaka dan Pattani yang ditadbir secara langsung oleh penjajahnya.
Adakah Penyerahan Pulau Pinang Menerusi Penyewaan Boleh Dianggap Sah?
Tindakan British yang menjalinkan hubungan antarabangsa dengan Kedah secara langsung menunjukkan Sultan Abdullah Mukarram Shah adalah pemerintah Kedah yang berdaulat. Menerusi, Artikel 26 Konvensyen Vienna Tentang Undang-undang Triti yang digubal berasaskan Undang-Undang Adat Antarabangsa yang terpakai kepada semua negara menyebut ‘Triti haruslah dikuatkuasakan dengan sesuci hati’. Maka, ia tidak akan sah jika misalnya sesuatu perjanjian sewaan dipaksa atau dilakukan tanpa sukarela apatah lagi dengan jalan khianat dan memaksa secara terang mahupun secara licik.
Francis Light Tidak Pernah Memenuhi Syarat-Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah
Sejak awal, Francis Light tidak pernah memenuhi syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah yang ditandatangani antara kedua-dua pihak pada tahun 1876. Meskipun, setelah tidak berhasil mendapatkan Pulau Pinang, melainkan Sultan Kedah telah dipaksa untuk menandatangani satu lagi perjanjian pada tahun 1791 yang telah menyaksikan pengambilan secara “rasmi” Pulau Pinang oleh British dengan cara paksaan. Maka, sudah tentu timbul persoalan bahawa adakah tindakan itu boleh dianggap sah?
Sultan Kedah Dipaksa Menyerahkan Pulau Pinang
Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh, pihak British jelas telah mengamalkan paksaan untuk mempergunakan Sultan Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang. Oleh itu, dalam situasi ini, perjanjian tersebut boleh dibatalkan. Maka, atas dasar paksaan itu juga adakah penyerahan Pulau Pinang oleh Kedah kepada British sah?
Penyerahan Pulau Pinang Kepada Kedah Boleh Dipersoalkan?
Walaupun, pihak British telah pun memerintah Pulau Pinang selama 171 tahun, dan mempamerkan wujudnya kependudukan efektif ke atas wilayah tersebut demi mengekalkan reputasinya. Sehingga, Pulau Pinang telah secara meluas diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa pada ketika itu sebagai sebahagian dari koloni British sekalipun.
Namun, jika diletakkan elemen kependudukan efektif ini ke tepi, maka adalah munasabah untuk menyatakan bahawa kesahihan penyerahan Pulau Pinang kepada Kedah boleh dipersoalkan meskipun termasuk dari sudut perspektif sejarah dan undang-undang. Ditambah lagi dengan wujudnya berbagai perkara di dalam perlembagaan yang tidak setentang termasuk yang telah dipinda dan digubal semula secara halus demi menghalalkan hasrat Francis Light melakukan rampasan dengan cara licik dan pengkhianatan.
Perjanjian Yang Ditandatangani Tanpa Kerelaan Boleh Dibatalkan.
Sekiranya, Sultan Kedah tidak dianggap penguasa Kedah yang berdaulat, bagaimana mungkin baginda mempunyai hak untuk menyerahkan Pulau Pinang yang tidak dimiliki olehnya kepada British?
Walau bagaimanapun, sekiranya Sultan Kedah dianggap sebagai Raja Kedah yang berdaulat pada waktu itu dan mempunyai hak ke atas Pulau Pinang sekali pun, perjanjian yang ditandatangani di antara baginda dan pihak British pada tahun 1791 itu jelas dilakukan tanpa kerelaan dan berat sebelah, sekaligus boleh dibatalkan.
Jika menurut catatan sejarah sekalipun, Pulau Pinang memang merupakan sebagai sebahagian dari Kedah. Apatah lagi Kedah kini bukanlah lagi negeri dibawah naungan Siam ataupun negeri lindungan British tetapi sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia. Tambahan pula, Sultan Kedah sekarang ini, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum