Di Twitter baru-baru ini, terdapat seorang wanita yang mempertikaikan komen wanita lain yang menemplak budaya makan di kawasan terbuka semasa bulan Ramadan.
Bagi wanita berkenaan, perkara itu bukan sesuatu yang salah kerana Allah SWT mentakdirkan mereka untuk datang bulan atau mengandung pada ketika itu.
Sehubungan itu, terdapat pendapat yang menyatakan ia memang bukan sesuatu yang salah tetapi ia berkait dengan budaya tempatan dan sifat malu.
Tindakan makan di tempat terbuka dalam bulan Ramadan bagi golongan yang dikecualikan atas sebab-sebab tertentu ibarat mahu menormalisasikan budaya tanpa malu.
Apabila sifat malu itu tiada dalam diri, fitnah mula menyusup masuk dan ketika fitnah sudah berada di kemuncaknya, agak sukar untuk menyelamatkan keadaan ketika itu.
Ada Undang-Undang Jenayah Syariah
Mengulas budaya segelintir pihak yang berfikir tiada masalah makan di tempat terbuka pada bulan Radaman kerana sebab-sebab tertentu, peguam Syariah, Muhammad Syarafi memaklumkan setiap negeri ada undang-undang tersendiri.
Misalnya dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 menerusi Seksyen 19, perkara berkenaan ‘tidak menghormati Ramadan’ ada dicatat dalam perundangan.
Maka apabila seseorang itu melakukan sesuatu di antara perkara (a) atau (b) misalnya, dia sudah layak dianggap melakukan jenayah syariah.