SUHAKAM perlu perjelas objektif misi perjuangan supaya tidak nampak pilih bulu dan jadi lidah barat, lagipula SUHAKAM ditubuhkan oleh kerajaan jadi sudah tentu Perlembagaan itu perlu dijadikan ‘kitab suci’ mereka.
Di bawah Akta SUHAKAM, Seksyen 4, memang sudah maklum bahawa SUHAKAM mempunyai tanggungjawab mempromosikan hak asasi manusia dan menegakkan ataupun membawa kes-kes pencabulan hak asasi manusia.
Hak Asasi Atau Kebebasan Asasi
Persoalannya sekarang, apakah hak asasi ataupun kebebasan asasi dalam Perlembagaan sama atau tidak maksudnya dengan hak asasi yang diuar-uarkan, yang dibawa oleh acuan Barat?
Kalau dilihat konsep hak asasi manusia SUHAKAM, rupa-rupanya ia memahami seperti mana yang difahamkan ataupun yang dibawa oleh konsep Barat sepenuhnya.
Kalau dilihat laman webnya, ada apakah hak asasi manusia, ia menerangkan tanpa merujuk kepada Perlembagaan langsung.
Di bawah undang-undang, Seksyen 2 dan Seksyen 4 mengatakan bahawa hak asasi manusia adalah yang diperuntukkan bawah kebebasan asasi bawah Perlembagaan.
Seksyen 4 juga menyatakan kita boleh merujuk kepada Universal Declaration of Human Rights selagi mana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan.
Tetapi apa yang terjadi ialah sesetengah pendekatan mereka tidak merujuk kepada Perlembagaan, tidak mengambil kira bahawa terdapat had-had persempadanan dalam Perlembagaan.
Maka, apabila ini terjadi, sebab itulah kita lihat sekarang terjadi pertembungan dalam masyarakat antara nilai-nilai budaya kita, nilai-nilai kontrak sosial kita yang bercanggah dengan apa yang mereka mahu lakukan.
Maka, apabila ini terjadi, sebab itulah kita lihat sekarang terjadi pertembungan dalam masyarakat antara nilai-nilai budaya kita, nilai-nilai kontrak sosial kita yang bercanggah dengan apa yang mereka mahu lakukan.
Jangan nanti kita tengok, mereka hendak memperjuangkan minoriti yang mungkin 2, 3 percent tetapi meminggirkan majoriti
Persoalannya sekarang, SUHAKAM memperjuangkan minoriti atau majoriti atau mempertahankan Perlembagaan ataupun apa sebenarnya?
SUHAKAM lebih cenderung menerima pakai apa yang dibuat oleh United Nation, Universal Declaration of Human Right rather than apa yang dibuat oleh Cairo Declaration yang diiktiraf oleh 45 buah negara Islam.
Yang jelas, kalau kita tengok dalam Artikel 24, disebut di situ, “All the rights and freedoms stipulated in this Declaration are subject to the Islamic Sharia.”
Artikel 25, “The Islamic Sharia is the only source of reference untuk semua human rights.” Ini yang ada terkandung dalam Cairo Declaration.
Jadi, kenapa kita tidak ambil ini, sedangkan kita tengok, dalam Artikel 18 Universal Declaration of Human Right – United Nations mengatakan bahawa, “Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or beliefs.”
Jadi, ini dua senario yang bertentangan.
Tambahan, mereka menyokong, memberi sokongan kepada ajaran-ajaran sesat, syiah tetapi mereka juga memberikan support dalam kenyataan-kenyataan mereka kepada golongan LGBT, ateis dan sebagainya, yang dikatakan sebagai hak mereka untuk melakukan apa yang mereka ingin lakukan.
SUHAKAM hari ini menyimpang jauh.
Inilah sedikit sebanyak intipati daripada Perbincangan Rakyat Demi Malaiu (PRDM)- Relevankah Lagi SUHAKAM.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi perbincangan yang telah dirungkai di dalam PRDM ini, antaranya isu jantina ketiga, kesenyapan pemimpin Melayu Isla tentang hal SUHAKAM ini dan macam-macam lagi.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai sama ada kewujudan SUHAKAM ini masih perlu atau tidak, layari Relevan Lagikah Suhakam?
Anda juga boleh menonton Relevan Lagikah Suhakam di sini.