Sejarah

Suhakam Rosakkan Nilai Islam Malaysia Melalui ‘Jalan Betul’

Semakin hari semakin kelakar apabila melihat permasalahan Covid-19 ini berjaya membuatkan satu suruhanjaya mengorak satu langkah baharu ke arah menidakkan nilai Islam dalam Malaysia.

Tidak lain dan tidak bukan, suruhanjaya tersebut adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan sehingga ke hari ini tidak ada seorang pemimpin Melayu Islam pun yang berani menegur mereka.

Mungkin terlalu sibuk dengan pengurusan wabak Covid-19 atau terlalu runsing berteka-teki apakah yang akan dibicarakan dalam Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja pada 16 Jun 2021.

Mungkin ada yang khuatir adakah mereka kekal berkuasa sebagai ahli politik yang tidak tergugat dari segi elaunnya atau dipandang memiliki kelebihan supaya dikekalkan perkhidmatan.

Namun demikian, perkara yang ditulis menerusi Facebook rasmi mereka baru-baru ini disifatkan terlalu kurang ajar dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan majoriti umat Islam di negara ini.

Baca transkrip mengenai SUHAKAM ‘Relevan Lagikah Suhakam?’

Memetik komen seorang pengguna Facebook, Ahmad Nizar Jamaludin, dia ternyata terkejut apabila membaca Suhakam sedang mencari pengkaji untuk membolehkan mereka mengiktiraf jantina yang ketiga di negara ini.

“Nak marah.. Suhakam ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Yang cuma boleh menegur Suhakam cuma pemimpin yang ada dalam kerajaan sekarang inilah.

“Tetapi malangnya.. semuanya nampak macam mungkin sudah uninstall Facebook sampaikan isu besar macam ini pun boleh buat-buat tak nampak,” komennya.

Ahmad Nizar memberi komen berkenaan mengulas tindakan Suhakam yang memuat naik satu hantaran di Facebook rasminya berkenaan mencari pengkaji bagi mengiktiraf jantina ketiga di Malaysia.

Sementara itu, Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mempersoalkan faedah kajian tersebut kepada negara Malaysia yang berdaulat ini dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya turut mempersoalkan, adakah kajian tersebut sebenarnya ditaja oleh pihak lain dan jika benar, siapa yang menajanya?

“Kerajaan perlu lihat semula apa relevannya kedudukan dan kewujudan Suhakam di negara kita terutamanya sebagai sebuah suruhanjaya yang dibiayai kerajaan.

“Atau mungkin sekurang-kurangnya lihat semula anggota-anggota suruhanjaya ini agar semua yang berfikiran cacamarba ini dapat ditukar kepada mereka yang benar-benar membawa aspirasi negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas perkara yang sama, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syarie, Ketua Kluster Undang-Undang, Pertubuhan Advokasi dan Hak Asasi Wanita Antarabangsa Malaysia / i-AWARE), Mardhiyyah Johari memberikan enam alasan kenapa Jantina ketiga tidak wajar diiktiraf di Malaysia.

Antaranya, ia membuka ruang kepada perkahwinan sesama jantina dan membuka ruang kepada perlakuan jenayah seterusnya menjadi ancaman kepada undang-undang negara.

“Perkara ini juga ibarat membuka ruang kepada penipuan jantina terhadap pasangan (gender identity fraud). Risiko lebih besar di negara Malaysia yang masih teguh pegangan agama dan nilai ketimuran, adalah perkahwinan didirikan atas sebab penipuan.

“Hak asasi manusia mestilah berdiri di atas kompas yang betul. Sebarang usaha mengkesampingkan pandangan agama terutama dalam masyarakat yang masih teguh pegangan agamanya, adalah satu kepincangan dan mencemari hak asasi manusia yang hakikatnya luhur,” katanya.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker