Ramai ibu yang memiliki anak-anak yang masih bersekolah di sekolah kebangsaan beranggapan subjek sejarah yang diperkenalkan sebagai satu beban.
Lebih menakutkan ramai ibu berpendapat anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan subjek sejarah kerana faktor usia dan kesihatan mental.
Para golongan ibu ini melihat sekiranya anak-anak yang bersekolah di tahun lima misalnya, boleh kemurungan sehingga menjejaskan masa depan.
Bagi mereka, subjek sejarah tanah air dan sebagainya harus didedahkan apabila mereka hanya memasuki tingkatan satu dan ke atas sahaja.
Realiti sistem pendidikan hari ini menggubalkan perkara itu kerana generasi matang yang membiak dalam Malaysia yang lahir sekitar 90-an dan 2000 mengalami krisis jati diri.
Masing-masing beranggapan kesenangan yang dinikmati hari ini adalah sesuatu yang kekal dan mustahil untuk bangsa Melayu kembali cuba dijajah.
Berpendapat Bahasa Terlalu Bombastik
Siti Aishah dalam satu komennya berkata, bahasa yang digunakan terlalu bombastik dan kalau orang tua, tengok 400 kali pun takkan faham.
Begitulah level IQ orang tua yang ada di Malaysia sedangkan kalau merujuk pada muka surat yang dibahaskan itu, jelas ada ruangan glosari yang disediakan.
Mungkin perkataan glosari itu begitu asing bagi Siti Aisyah atau sewaktu meneliti halaman muka surat yang cukup berdosa itu, perkara ini terlepas pandang.
Bagi seorang pengguna Facebook, Liyana Raya, dia sebagai ibu berpendapat amatlah kurang wajar jika anak-anak di sekolah rendah didedahkan dengan sejarah.
Baginya apa cerita sekali pun, kesihatan mental anak-anak lebih utama sekali gus sistem pendidikan nasional harus mencari jalan untuk membuatkan anak-anak tidak membenci pelajaran.
Terlalu Awal Budak-Budak Ni Tahu Pasal Sejarah
Sementara itu, Betty Fahmi berpendapat subjek sejarah tidak perlu dimasukkan dalam pembelajaran peringkat sekolah rendah kerana ia terlalu awal.
Ganti Subjek Sejarah Kepada Subjek TikTok
Sakban Darim Putrajawa menulis, subjek sejarah sememangnya harus dihapuskan kerana boleh membuatkan otak anak-anak menjadi semak sekali gus menjurus ke arah kemurungan.
Sebaliknya, cadangan yang lebih bernas pada akhir zaman seperti ini adalah memasukkan subjek TikTok kerana ia bukan sahaja boleh menaikkan minat murid, malah ibu bapa juga sanggup hadir ke sekolah!
Sumber asal: Liyana Raya