Isu Semasa

Suara NGO Kekal Ibarat Langau, Gagal Halang Konsert BLACKPINK & Hentikan Hiburan

Suara Badan Pertubuhan Bukan Negara (NGO) dalam negara masih kekal seperti langau kerana konsert BlackPink di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur tetap berjaya menghimpun 60,000 peminatnya pada 4 Mac 2023.

Jika melihat pada Ogos 2022, pempengaruh media sosial, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih popular Pencetus Ummah (PU) Syed pernah membuat kenyataan mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran.

Tujuannya adalah untuk memastikan konsert BlackPink kali kedua yang dicadangkan berlangsung di Malaysia berjaya dihalang awal namun kenyataan tersebut juga ibarat mimpi yang terus menjadi mimpi.

Konsert BlackPink tetap berjaya berlangsung dengan cemerlang, siap bertembung dengan konsert tempatan menerusi jenama Bulan Bintang di lokasi yang sama, pada tarikh yang sama.

Mendakap hiburan moden sebagai hedonisme

Tidak dinafikan dalam DNA orang-orang Nusantara, orang-orang Asia, orang-orang Malaysia dan orang-orang Melayu, ada jiwa yang suka berhibur dan perkara ini sudah pun dilalui pada zaman dahulu lagi.

Namun cara orang-orang Melayu terdahulu berhibur adalah sangat jauh bezanya dengan apa yang dituruti oleh anak-cucu-cicit yang menjadi generasi moden, yang sedia dirosakkan oleh sistem Barat.

Berdasarkan catatan pelbagai kitab lama nusantara dan pelayar Barat, jika orang Melayu mahu berhibur, antara subjek wujud yang berjaya direkod adalah puisi, pantun, seloka, sajak, syair dan gurindam.

Jika memilih subjek gurindam untuk dikupas, ia adalah sesuatu yang menarik kerana gurindam menghimpunkan kata-kata nasihat dan berpaksi kepada agama Islam sebagai didikan dari satu zaman ke zaman.

Namun cukup malang, gurindam sudah terhapus sepenuhnya daripada warisan jiwa dan akal majoriti anak-anak Melayu sehingga elemen luar pula yang mengambil alih jiwa yang kosong.

Jiwa yang kosong ini berkait dengan rohani yang kelaparan dan makanan rohani yang kelaparan adalah seperti zikir serta rasa cinta, kasih, sayang dan rindu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Namun disebabkan sekolah-sekolah moden tidak mengajar cara untuk manusia akhir zaman tentang cara untuk mengenyangkan rohani, syaitan mengambil alih untuk bersarang dalam tubuh.

Kesannya, lahirlah budaya hedonisme, pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup dan generasi Melayu moden tidak terlepas daripada perkara ini.

Layan konsert kena bayar, ceramah agama percuma sahaja

Disebabkan budaya hedonisme sudah sebati dalam diri, syaitan mengambil peluang untuk menghasut anak-anak muda tadi untuk membuat simpnanan sehingga beratus ringgit untuk membeli tiket konsert.

Namun apabila tiba pada bab agama termasuklah ceramah agama, semuanya kalau boleh mahu dipercumakan dan kemudian pada akhirnya melalak, kenapa Islam dekat Malaysia tidak berkembang.

Paling hebat, kumpulan ini jugalah yang tidak habis-habis akan copy & paste al-kisah surau dan masjid menyukarkan penduduk sekiranya bantuan diperlukan namun mereka jadi AJK pun tidak.

Jadi satu per satu, syaitan bergembira kerana berjaya memperdayakan manusia yang lemah jiwanya dan terlupa bahawa syaitan itu adalah musuh kekal selamanya sehingga hari kiamat.

Klik Untuk Sertai Group Demi Malaiu Di Sini

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button