Isu Semasa

Status Alami Masalah Mental & Ada Kad OKU Sudah Boleh Dimansuhkan!

Tular sebuah rakaman yang menyaksikan seorang anak sanggup menumbuk dan menendang bapa tirinya selepas gagal mendapatkan wang bagi tujuan pembelian dadah.

Bapa tiri yang berusia 71 tahun itu cuba melarikan diri namun disebabkan anak yang berusia 29 tahun masih tidak berpuas hati, dia terus melakukan keganasan.

Kejadian berlaku di Yan, Kedah dan video berkenaan menerima reaksi yang pelbagai daripada orang ramai kerana masalah dadah dan rumah tangga bukan sesuatu yang baharu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji pula berkata, siasatan mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental dan memiliki kad OKU.

Cerita pesakit mental dan pemilik kad OKU serta kaitannya dengan dunia jenayah, kematian serta kemalangan misalnya hari ini telah membuatkan rakyat jadi muak.

Ada baiknya status pesakit mental atau pemilik kad OKU digugurkan kepada mana-mana individu yang terlibat dengan jenayah atau keganasan untuk pemantauan lebih ketat.

Ketika ini, ses disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012 dan netizen mahu pihak polis dapat selesaikan isu dadah ini.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker