Budaya

Songkok Akan Pupus Jika 5 Perkara Ini Terjadi

Pemakaian songkok di alam Melayu boleh pupus jika 5 perkara terjadi

Pemakaian songkok sinonim dengan orang Melayu beragama Islam. Ia biasa dilihat ketika solat di masjid, ketika majlis keramaian atau majlis kebangsaan dan paling ketara ketika sambutan hari raya eidul fitri dan eidul adha.

Songkok lazimnya dipakai sebagai pelengkap kepada baju melayu atau mana-mana pakaian formal kerana ia mudah dipadankan selain sesuai sebagai perhiasan kepala.

Dan, songkok tergolong dalam keluarga destar yang mana ia juga antara sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Orang Melayu lazimnya tidak dapat dipisahkan penampilannya dengan songkok sebagaimana orang Yahudi memakai kippah ketika mereka beribadat atau dalam pakaian sehari-harian mereka.

Namun, pernahkah terlintas di fikiran para pembaca sekalian bagaimana keadaannya jika songkok tidak lagi dipakai oleh orang Melayu?

Yakni, songkok tidak dapat dilihat di mana-mana dalam negara ini seolah-olah ianya pupus.

Berikut, penulis senaraikan 5 keadaan yang berkemungkinan boleh menyumbang ke arah pupusnya pemakaian songkok di negara ini.

Keadaan 1: Songkok akan pupus daripada muka bumi Malaysia apabila songkok tidak lagi dipakai ke masjid atau untuk urusan ibadah;

Keadaan 2: Songkok diyakini akan pupus daripada negara ini apabila ia tidak lagi dipakai dalam mana-mana majlis keagamaan, majlis keramaian atau majlis rasmi.

Keadaan 3: Apabila songkok tidak lagi menjadi pakaian rasmi para pemimpin negara ketika bersidang di Parlimen;

Keadaan 4: Songkok sah pupus daripada muka bumi negara ini apabila pembuat songkok semuanya meninggal dunia;

Keadaan 5: Paling sedih sekali, songkok akan pupus apabila orang Melayu sudah tiada di muka bumi ini.

Maka, bagi mengelakkan mana-mana daripada 5 keadaan di atas berlaku, penulis mengajak agar semua orang Melayu memakai songkok setiap hari atau sekurang-kurangnya pada hari Jumaat ketika solat Jumaat.

Baca juga: SONGKOK: ANTARA SUNNAH DAN TRADISI

Tonton video ini: Berbusana Melayu Di Dewan Rakyat & Dewan Negara!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker