Isu Semasa

Solusi Buat Dong Zong Jika Miskin RM15.7 Juta, Henti Bina ‘Dunia Persendirian’ Dalam Malaysia

Kemiskinan Dong Zong dalam memerlukan peruntukan RM15.7 juta menimbulkan rasa simpati dalam kalangan lebih 30 juta rakyat Tanah Melayu (Malay-Sia).

Mana tidaknya, sudahlah terpaksa buat Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang serba lusuh, mampu buat kutipan yuran sehingga RM360 juta.

Berbeza dengan Sekolah Menengah Persendirian Melayu (SMPM), wujud pun tidak, biar pun majoriti rakyat dalam negara ini adalah orang-orang Melayu.

Usah pertikaikan peruntukan RM15.7 juta yang diperlukan Dong Zong kerana sekolah tahfiz yang berdaftar sudah cukup mewah dengan RM150 juta.

Jika membuat kira-kira matematik, Timbalan Presiden Dong Zong Tan Yew Sing mendedahkan ada 63 sekolah persendirian yang perlu dijaga.

Dan modal untuk membiayai 63 sekolah peribadi itu menelan perbelanjaan sehingga RM400 juta dan dengan peruntukan RM15.7, setiap sekolah menerima hampir RM250,000.

Berbeza dengan 1,276 sekolah berdasarkan institusi sekolah agama berdaftar, mereka sudah mewah kerana terima peruntukan sebanyak RM150 juta.

Bayangkan.. dengan anggaran RM117,500 yang diterima bagi setiap sekolah, pihak sekolah mampu membina sebuah rumah mewah siap dengan kolam renang.

Sehubungan itu, kemiskinan SMPC perlu dibendung kerana jika dibiarkan terlalu lama, risau SMPM atau institusi tahfiz lebih kaya-raya dalam tempoh lima tahun.

Kepada Dong Zong, hentikanlah ‘dunia persendirian’ dan biarlah anak-anak Cina yang lahir dalam Malaysia menerima pendidikan kebangsaan.

Belajar asing-asing dalam Malaysia nak buat apa? Nak hantar anak Cina ke Taiwan dan selepas itu mencari kerja di Amerika Syarikat? Kenapa tak pindah awal-awal dan buat Malaysia seperti negara tumpangan?

Budaya bertegas dengan ‘dunia persendirian’ bukan budaya orang Malaysia kerana budaya orang Malaysia adalah berkongsi dan gila hak sama rata, bukannya langgar hak asasi manusia!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button