Setelah dua tahun berdepan dengan pelbagai cabaran, solat tarawih dengan saf rapat ibarat satu nikmat yang tak terkata buat seluruh umat Islam.
Dengan kebenaran kerajaan melonggarkan perkara berkenaan seiring dengan langkah Malaysia memasuki fasa endemik, ia bagaikan hadiah Ramadan.
Terdahulu, umat Islam di Wilayah Persekutuan berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat dengan saf rapat bermula 1 April.
Dan malam tadi, 2 April menjadi saksi ramai umat Islam berasa teruja untuk menunaikan solat tarawih dengan saf rapat dalam keadaan masih mematuhi SOP.
Ini adalah satu nikmat awal Ramadan buat seluruh umat Islam yang tidak pernah berhenti mencari rahmat Allah SWT dan kasih Nabi Muhammad SAW.
Semoga Ramadan kita tahun ini memberi rahmat yang membahagiakan dan semua pemburu pahala akan diberkati amalan-amalannya dengan izin Allah SWT!