Pakaian kebaya yang diperagakan oleh pramugari syarikat penerbangan MAS sememangnya menjadi topik yang yang tidak pernah habis dibincang.
Baru-baru ini topik ini mula naik balik apabila MAS menyebarkan ‘survey’ mereka tentang pemakaian baju kebaya pramugari sama ada ianya perlu ditambah baik atau sebaliknya.
Sebagai ‘wakil’ dalam membawa nama Malaysia, baju kebaya ikonik itu seolah-olah tidak menunjukkan identiti negara sebagai sebuah negara Islam.
Mana tidaknya, kain terbelah hingga menampakkan betis si pemakai, menggugat hati para-para lelaki di luar sana .
Apa yang lebih memilukan, syarikat British Airways sudah pun membenarkan krew penerbangan mereka untuk memakai hijab.
Sebagai sebuah negara Islam seharusnya identiti negara itu perlulah diterjemahkan dengan lebih baik lebih-lebih lagi sebagai syarikat yang mewakili budaya negara itu sendiri.
Namun demikian, perancangan yang bakal membawa kepada kewujudan kod pemakaian patuh syariah untuk pekerja wanita di sektor penerbangan awam dan ia wajar diberi pujian.
Sudah tiba masanya martabat wanita itu dipelihara dalam sektor penerbangan selari dengan agenda memartabatkan agama dan bangsa seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan perpaduan kini.
Namun demikian, ada juga warganet Malaysia yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan usaha murni yang dilakukan oleh syarikat penerbangan itu.
Lebih-lebih lagi seorang aktivis dan peguam hak asasi manusia, Siti Kasim, memberi komentar supaya MAS lebih fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting daripada isu tersebut.
https://twitter.com/sitikasim/status/1615199375206273024?s=20&t=VmZpJQ2QWUXnQ0UsL6lSgw
Tampaknya, Siti Kasim seperti tidak senang duduk dengan usaha yang dilakukan oleh pihak MAS, agaknya kenapa ya?
Adakah Siti Kasim mahu hak wanita Islam yang bertudung diketepikan kerana mereka tidak dibenarkan untuk memakai tudung jika mahu bekerja dengan syarikat penerbangan terbabit?
Sekiranya MAS berjaya melaksanakan perkara tersebut, MAS bakal menyusul selari dengan syarikat penerbangan lain yang patuh syariat seperti Brunei Airline, EgyptAir dan Air Cairo.