BudayaIsu Semasa

Singapura Mansuh Akta 377A, Hubungan Seks Sejenis Diiktiraf

Kini negara tersebut mengikuti jejak langkah negara Asia lain seperti India, Taiwan dan Thailand.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong baru-baru ini mengumumkan kerajaan pimpinannya bakal memansuhkan undang-undang larangan hubungan seks sejenis dan pada masa yang sama mengiktiraf kedudukan golongan homoseksual tersebut.

Dikatakan ramai penduduk negara kepulauan berkenaan yang menggesa supaya Akta 377A tersebut dimansuhkan semenjak ia diperkenalkan pada era colonial walaupun mereka dikenali sebagai sebuah masyarakat konservatif.

Kini negara tersebut mengikuti jejak langkah negara Asia lain seperti India, Taiwan dan Thailand.

Lee berkata kerajaannya sebelum ini mengambil pendirian untuk kekalkan akta berkenaan tetapi tidak menguatkuasakannya secara undang-undang bagi menenangkan rakyatnya yang konservatif dan golongan songsang terbabit.

Dengan penghapusan akta ini, maka, golongan songsang di negara tersebut akan diterima masyarakat dan membawa undang-undang Singapura selaras dengan norma sosial semasa.

Walau bagaimanapun, di Malaysia gaya hidup homoseksual atau LGBT masih belum diterima sepenuhnya oleh masyarakat negara ini.

Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad pernah menegaskan bahawa kegiatan homoseksual adalah salah bukan sahaja daripada sudut undang-undang jenayah Syariah malah undang-undang Sivil juga.

Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah.

Malaysia seharusnya berpegang teguh kepada nilai-nilai moral berlandaskan adat, budaya dan agama yang sekian lama diterapkan di kalangan masyarakat tempatan.

Oleh yang demikian, budaya homoseksual atau LGBT tidak diterima oleh masyarakat Malaysia sampai bila-bila.

Baca juga Hebat! Buku ‘Gay Is Okay’ Yang Diharamkan KDN Ditarik Balik – Mahkamah Tinggi

Tonton juga Transgender Menafi Hak Asasi Wanita! – Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker