Agama

Sifat 20 Bukan Falsafah Yunani, Biarpun Berat Ia Tentang Pengenalan Allah SWT

Ada sebahagian yang menentang pengajian sifat 20 kerana mereka menganggap ia dicedok daripada falsafah yunani dan penentangan ini berlangsung ratusan tahun?

فمما يجب لله تعالى عشرون صفة واجبة

Ertinya : Dan sebahagian dari sifat yang wajib bagi Allah adalah dua puluh sifat yang wajib (ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi

Akidah al-Asha’irah sudah sekian lama bertapak di bumi Nusantara sama ada Malaysia,Indonesia, Thailand dan sebagainya.

Pembawakan akidah ini menjadi faktor utama dalam pengukuhan agama berkaitan ketuhanan serta simbol penyatuan umat Islam khususnya di Nusantara tanpa berlakunya unsur berpecah-belah.

Perkara itu dapat dibuktikan menerusi karya bertulisan Jawi yang sudah mencecah ratusan tahun seperti Kitab Aqidah al-Najin oleh Sheikh Zayn al-Din al-Fatani atau lebih dikenali sebagai Tuan Minal, Kitab Faridah al-Fara’id oleh Sheikh Ahmad al-Fatani, Kitab Bidayah al-Hidayah oleh Sheikh Muhammad Zayn Acheh dan sebagainya.

Namun, terdapat suara sumbang yang menyatakan bahawa akidah al-Asha’irah ataupun akidah yang bermetodologikan pembelajaran Sifat 20 ini berasal daripada Falsafah Yunani.

Fitnah yang besar

Kegoncangan dan kelemahan aqidah generasi zaman sekarang kerana mereka tidak belajar aqidah yang sebenarnya termasuk di dalamnya sifat 20.

Kalau kita lihat realiti yang ada bahkan ilmu sifat 20 inilah yang telah menyelamatkan umat islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani ( Selatan Thailand ) dari usaha pemurtadan penjajah-penjajah asing.

Jadi tauhid apakah yang menjaga umat dari bahaya murtad ? Sudah tentulah jawapannya ialah tauhid sifat 20 puluh.

Kronologi zaman silam

Sifat dua puluh tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat namun ia, dipelajari pada sekalian lamanya di Institusi Pendidikan di Alam Melayu.

Tidak adanya sifat dua puluh pada zaman Rasul dan sahabat bukanlah sebagai dalil untuk menolak pengajian sifat dua puluh, sebab isi dan kandungan sifat dua puluh sudah ada pada zaman Nabi dan sahabat

Misalnya sifat wujud Allah, Qidam, Baqa’, Mukhalafatu Lil Hawadis, Qiyamuhu Binnafsih, Wahdaniyyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayah, kalam adalah sifat – sifat yang di kenal oleh Nabi dan para sahabat-sahabatnya.

Jangan Ingkar Sifat 20

Barangsiapa yang mengingkari bahawa Nabi mengetahui sifat-sifat ini bererti aqidahnya telah jauh dari aqidah Islam, bagaimana boleh Nabi mengingkari Wujudnya Allah, ilmunya Allah, Baqa`nya Allah, Kalamnya Allah, sifat-sifat ini telah termuat didalam al-Qur`an dan Hadis Nabi.

Seperti rukun solat, Nabi tidak pernah katakan berapa rukun solat, berapa sunnah-sunnah solat, berapa syarat-syarat solat, tetapi ia ada termaktub dalam al-Qur`an dan Hadis

Dalam Al-quran dan hadis ,para ulama telah menyimpulkan dan menetapkan rukun-rukun solat dari mulai berdiri sampai salam.

Apakah perbuatan ulama-ulama tersebut suatu yang bid`ah, hal ini tidak bid`ah kerana isi dan kandungannya dari al-Qur`an dan as-Sunnah.

untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker