Zaman Kesultanan Melayu Melaka mencakupi kawasan jagaan yang sangat luas, baik dari negeri-negeri timur, utara, selatan, barat bahkan merangkumi kepulauan Borneo serta Indonesia.
Untuk menjaga kedaulatan kawasan-kawasan dalam jagaan Zaman Kesultanan Melayu Melaka, beberapa individu hebat dipilih untuk menjaga keamanannya termasuklah Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Hang Lekir dan Hang Lekiu dikatakan berasal dari ‘negeri atas’ yang dipercayai dari negeri-negeri sebelah utara dan menurut cerita lisan, kedua-dua nama ini adalah pasangan adik-beradik.
Kedua-dua adik-beradik ini berkhidmat di dermaga kapal dan menjaga keselamatan di situ sehinggalah suatu hari, lanun-lanun daripada Siam cuba merompak harta-harta milik sultan.
Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan Langkawi dan ekoran kekacauan itu, Hang Lekir dan Hang Lekiulah antara individu yang bertarung menewaskan lanun-lanun Siam.
Kerana sanggup bergolok-gadai menyelamatkan harta-harta sultan, perkhabaran itu sampai ke istana dan Hang Lekir serta Hang Lekiu ditawarkan untuk berkhidmat kepada sultan.
Dek kerana pusat bagi Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka adalah berpusat di Kota Melaka, di sinilah bermulanya pertemuan antara kedua-dua adik-beradik ini dengan tiga lagi saudara yang lain.
Tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah Hang Tuah, Hang Jebat serta Hang Kasturi. Namun bagaimana pun, penceritaan ini diperolehi secara lisan dan masih banyak perkara yang perlu dikaji
Bagaimana pula dengan versi Hang Lekir dan Hang Lekiu yang anda tahu? Kongsikan pada ruangan komen artikel ini.