Sejarah

Siapakah Hang Kasturi & Apa Peranannya Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka?

Selain Hang Lekir dan Hang Lekiu, kisah Hang Kasturi serta peranannya semasa zaman kesultanan Melayu Melaka juga agak kurang diketahui.

Menurut sumber lisan yang ditemui, terdapat seorang lelaki yang dahulunya seorang penjual wangi-wangian kasturi dan dia menjualnya sampailah ke istana.

Suatu hari, istana membuka peluang kepada rakyat jelata untuk sesiapa sahaja yang berkebolehan atau handal, sertailah satu ujian yang telah ditetapkan.

Lelaki tersebut dikatakan berbincang dengan ibunya terlebih dahulu tentang hasratnya dan selepas mendapat restu ibu, pergilah lelaki itu ke ujian tersebut.

Ditakdirkan lelaki itu lulus dalam ujian tersebut dan berjaya mendapat satu kedudukan yang agak tinggi dalam kumpulan yang bekerja untuk istana.

Lelaki itu adalah Hang Kasturi, asalnya dari penjual wangi-wangian kasturi sehinggalah menyertai ujian untuk bekerja dengan istana.

Hang Tuah pada ketika itu sudah pun menjadi Laksamana dan mengetuai angkatan tentera, dan beliau pun berada di situ memerhatikan gelagat orang ramai termasuklah Hang Kasturi.

Nak dijadikan satu cerita (sejauh mana kebenarannya, ia cuma cerita lisan, baca dan cukup sekadar ambil tahu, usah taksub dan berfikir bukan-bukan), pernah ada seorang individu mahu menguji keunikan Hang Kasturi.

Maka Hang Kasturi diminta untuk membuka bajunya, menyelak dadanya yang tanpa berlapik dan sebatang tombak dibaling tepat ke dadanya namun tombak itu melantun ke udara.

Ia bukan berkait dengan ilmu mistik, kebal dengan bantuan khurafat atau sebagainya sebaliknya kuasa ilmu yang dimiliki oleh orang-orang terdahulu yang tidak sampai kepada generasi kita.

Ia dilenyapkan agar cukuplah kita kagum dengan aksi Superman, Avengers dan lain-lain watak adiwira yang terlihat hebat di mata imaginasi secara global.

Sedang kisah-kisah kehebatan orang-orang Melayu dahulu juga luar biasa namun apabila orang tiada ilmu memberikan pendapat, maka terjadilah banyak kekeliruan.

Berbalik kepada cerita Hang Kasturi, Hang Kasturi dikatakan memiliki perwatakan yang serius, kurang bercakap namun cekap dalam menumpaskan ancaman-ancaman musuh.

Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, dia mengetua satu pasukan pendekar dengan pakaian serba hitam dan dalam era ini, ia boleh disamakan seperti unit gerak khas yang ada dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Lihat pada perkataan PDRM, renung pada pada perkataan ‘Diraja’ dan inilah antara warisan yang tinggal serta kekal sehingga hari ini.

Cerita ini mungkin tiada dalam buku sejarah untuk pendidikan nasional dan disebabkan itulah Demi Malaiu mengambil pendekatan untuk mengkaji dan berkongsi sumber-sumber yang tiada dalam silibus.

Tidak semua perkara sempat dijawab dalam kertas peperiksaan untuk lulus ujian sejarah semata-mata, namun apa yang lebih penting, usaha mengenali sejarah bangsa itu datang dari hati yang ikhlas!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker