Siapa yang cipta nama ‘Malaysia’? Majoriti pembaca yang ada pada hari ini lahir selepas tahun 1957 ketika negeri-negeri di Tanah Melayu diisytiharkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan selepas tahun 1963 selepas terbentuknya negara Malaysia hasil gabungan 4 komponen iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Walaupun Singapura akhirnya keluar daripada gabungan tersebut pada tahun 1965, namun nama Malaysia kekal digunakan sehingga ke hari ini dan menjadi identiti negara dan bangsa terasnya iaitu bangsa Melayu.
Terdapat banyak teori yang berlegar-legar berkenaan asal usul nama ‘Malaysia’. Antara yang popular adalah teori wujudnya buku berjudul “Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule” tulisan Rupert Emerson yang diterbitkan pada tahun 1937 dan “The Peoples of Malaysia” tulisan Fay-Cooper Cole yang diterbitkan pada tahun 1945.
Jelas istilah ‘Malaysia’ telah pun wujud sebelum gagasan Malayan Union ditubuhkan pada tahun 1946 yang kemudiannya ditukar kepada nama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Dikatakan juga ahli etnologis Inggeris bernama George Earl telah memperkenalkan istilah ‘Malayunesia’ pada tahun 1850 tetapi ianya merujuk kepada kepulauan Indonesia yang ada pada hari ini.
Terdapat rekod penggunaan nama ‘Malaysia’ dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889 iaitu laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia oleh J.E. Tenison-Woods.
Emilio Salgari pula menulis sebuah buku bertajuk “I Pirati Della Malesia” yang diterbitkan pada tahun 1896 dan kemudiannya diterjemah oleh Nico Lorenzutti ke Bahasa Inggeris dengan tajuk “The Pirates of Malaysia”.
Namun, fakta terawal berkenaan penggunaan istilah ‘Malaysia’ dikreditkan kepada pelayar berbangsa Perancis bernama Jules Dumont d’Urville yang memperkenalkan tiga istilah selepas pelayaran beliau ke Kepulauan Pasifik pada tahun 1826 iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’.
Pada tahun 1831, Jules telah mengemukakan istilah-istilah tersebut kepada Société de Géographie. Beliau berpandangan nama ‘Malaisia’ merujuk kepada Kepulauan Melayu yang merangkumi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.
Untuk pengetahuan para pembaca sekelian, perkataan ‘ia’ pada akhir nama Malaysia membawa maksud ‘tanah’ dalam bahasa Latin.
Oleh yang demikian, ‘Malaysia’ membawa maksud ‘Tanah Orang Melayu’ dalam ungkapan Bahasa Inggeris dan juga memberi maksud bahawa bangsa teras atau pribumi di Malaysia adalah Bangsa Melayu.
Sekiranya para pembaca mempunyai maklumat lain berkenaan asal usul nama ‘Malaysia’, sudi-sudilah kongsikan kepada kami dan para pembaca lain di ruangan komen di bawah.
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!