Budaya hidu gam atau hisap ganja dalam kalangan masyarakat kita jelas bukan satu perkara yang baik.
Gam dicipta untuk melekatkan barang dan ganja dicipta sebagai penawar dalam bidang perubatan.
Namun apabila ada segelintir anggota masyarakat salah guna gam atau ganja, takkan ia salah Allah SWT.
Sedangkan Allah SWT ciptakan sesuatu perkara itu bukanlah sia-sia dan banyak yang bersifat semula jadi.
Takkan tiba-tiba kita menolak sumber semula jadi ciptaan Allah SWT dan menerima pandangan orang luar sahaja.
Kalau minta pandangan pakar dari luar, sambal nasi lemak dekat negara kita pun dia cakap pedas gila-gila.
Sedangkan itu memang standard kita dan sudah kenapa demi nak dapatkan pengiktirafan, semua dibuang.
Pernah tonton rancangan Masterchef UK yang dikelola Gordon Ramsey? Rendang pun dia cakap tak rangup.
Apa kejadahnya rendang ayam dan ditumis dengan cara orang Melayu atau nusantara nak jadi rangup?
Samalah macam kes etno-sains perubatan alam Melayu, herba kita Allah SWT ciptakan untuk bangsa kita.
Herba di lokasi mereka, Allah SWT ciptakan untuk orang-orang di lokasi mereka, semuanya cantik.
Namun apabila muncul puak yang tak percayakan Allah SWT mengatasi sains, inilah yang terjadi.
Sehubungan itu, jadilah orang Melayu yang bijak dan berani untuk menegakkan hak.
Jangan sekadar ada jawatan atau kedudukan namun apa hak orang kita pun tak tahu di mana ada.
Hujung-hujung, cuma NGO atau pakar perubatan watan yang bersuara, masyakarat tetap tidak percaya.
Semuanya kerana walaupun negara luar sudah iktiraf itu-ini, keputusan watan tetap datang dari Parlimen.