Isu Semasa

Siapa Lacurkan Tanah Rizab Melayu Seluas 5,351.65 Hektar Di Kedah?

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan sebanyak 5,351.65 hektar tanah rizab Melayu di Kedah hilang pada 2022.

Berdasarkan data yang diberi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), pada 2021, Kedah memiliki tanah rizab Melayu seluas 721,888.93 hektar.

Namun pada 2022, berlaku penurunan keluasan yang ketara dan data JKPTG menunjukkan data semasa bahawa tanah rizab Melayu cuma tinggal 716,514.28 hektar.

Pendedahan itu juga dibuat bagi menjawab penafian Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi bahawa tanah rizab Melayu di negeri itu tidak menyusut.

Tidak berdiam diri, Muhammad Sanusi dalam satu kenyataan terbaharu mendedahkan data sehingga 19 Januari lalu menyaksikan keluasan tanah rizab Melayu di Kedah meningkat 408 hektar.

“Keluasan asal Tanah Rizab Melayu di Negeri Kedah pada 1933 mengikut warta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) ialah 721,496.949 hektar.

“Dari tahun 1933 hingga 19 Januari 2023, jumlah keluasan TRM yang dicabut keluar adalah 4,751.369 hektar dan diganti balik seluas 5,160.034 hektar.

“Ini menjadikan keluasan TRM di Kedah pada Januari 2023 ialah seluas 721,905.613 hektar,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Nazmi di Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu bahawa Kedah antara tiga negeri mencatatkan penyusutan keluasan tanah rizab Melayu.

Muhammad Sanusi menegaskan, angka yang ditampilkan merupakan keluasan yang direkodkan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker