Kalau ada beberapa pihak yang mempertikaikan Orang Melayu itu pendatang atau bukan penduduk induk Tanah Melayu, anda bolehlah berhujah dengan menggunakan informasi yang diberi ini.
Sebelum itu, istilah Alam Melayu dan Nusantara itu perlulah diberi penjelasan yang terang.
Ramai ahli akademik mengatakan bahawa Alam Melayu ialah Nusantara tetapi terdapat perbahasan panjang, malah di UKM, di ATMA sendiri, mengatakan bahawa Alam Melayu bukan sahaja di Nusantara.
Kerana perkataan Nusantara itu digunakan di Indonesia.
Nusa maknanya pulau, Antara ialah pulau-pulau.
Jadi, antara pulau-pulau yang dikatakan Nusantara itu hanya melibatkan Borneo dan juga pulau-pulau di negeri-negeri di Indonesia.
Yang ada pada hari ini disebut sebagai Indonesia.
Tetapi Alam Melayu yang sebenarnya bukan sahaja pulau-pulau itu tetapi termasuklah keseluruhan kawasan yang di Pentas Sunda.
Pentas Sunda, Pentas Yangtze, Penara Deka dan Pentas Sahul
Apabila menyebut Pentas Sunda, kita kena faham apa itu Pentas Yanzhi, apa itu Penara Deka dan apa itu Pentas Sahul.
Pentas Yangtze ialah satu plat atau pentas di bawah air ini yang berada di kawasan di atas utara Vietnam sampailah ke China, Korea, Taiwan dan juga Jepun.
Itu merupakan Pentas Yangtze.

Di situ terdapat penduduk yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
Misalnya, kulitnya putih, matanya sepet, budaya makanannya, semuanya hampir sama, tulisannya juga hampir sama.
Tetapi apabila menyebut Penara Decca, iaitu di sebelah India, kita nampak ada ciri-ciri kulit, warna, makanan, budayanya, semua sama di sana.

Manakala Pentas Sahul ialah di sebelah Australia selepas Sulawesi.

Tetapi apabila menyebut Pentas Sunda, bermaksud Alam Melayu.
Ia bermula dari selatan Thailand, iaitu sebahagian besar daripada selatan Thailand itu ialah Alam Melayu.

Sebahagian selatan Vietnam dan juga Filipina, Borneo, termasuklah Tanah Melayu ini ialah Alam Melayu termasuklah Sumatera, Jawa dan juga Bali.
Ribuan tahun dahulu, sekitar lebih 2000 tahun dahulu, kita bayangkan sebenarnya, mengikut geo-sains.
Tanah besar Melayu ini meliputi tanah-tanah yang dikatakan Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, sebahagian Filipina, Sumatera dan seumpamanya yang ada di Asia Tenggara.
Ini ialah satu tanah besar.
Tetapi apabila berlaku gempa bumi, banjir besar, tsunami, meletupnya gunung berapi di sana sini, maka sebahagian daripada tanah-tanah ini telah tenggelam dan telah membentuk pulau-pulau.
Terpisahlah sebahagian daripada tanah itu membentuk pulau Sumatera, membentuk pulau-pulau kecil dan termasuklah pulau Jawa, Borneo, semua terpisah daripada tanah yang besar.
Jadi, kalau kita kembali kepada sejarah puluhan ribu tahun dahulu, 20 000 tahun dahulu, kita mendapati bahawa tanah besar itu mempunyai penduduk.
Penduduknya ada ciri-cirinya.
Kulit sawo matang, mereka makan makanan yang sama, budaya yang sama, bahasa yang sama, kemudian, berpakaian yang sama.
Oleh sebab itu, apabila berlaku pecahnya tanah-tanah ini, sebahagian tenggelam, penduduk yang sama itu berada di tanah-tanah yang berbeza, yang kita kenali hari ini, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei.
Kita mendapati bahawa kita mempunyai ciri-ciri yang sama juga.
Jadi, kalau kita melihat orang sekarang ini, Indonesia, kita melihat mereka berbahasa yang sama, budaya sama, makanan yang sama, bahasa sebahagian besarnya sama.
Jadi, apabila terpisah tanah dan juga air ini disebabkan berlakunya gempa bumi, maka, orang-orang Melayu dahulu, Nusantara ataupun Alam Melayu, mereka masih menganggap tanah-tanahnya sebahagian daripada kehidupan mereka, sebahagian daripada urusan kehidupan mereka.
Maka, mereka bergerak dari satu tanah ke satu tanah melalui laut, sungai, air, selat dan seumpamanya.
Mereka menganggap ini ialah sebahagian daripada tanah air yang kalau orang putih, dia kata homeland ataupun motherland atau fatherland.
Negara-negara lain yang bukan bersifat maritim seperti mana negara-negara yang ada di Nusantara ini ataupun Alam Melayu ini, apabila disebut maritim, maknanya pertemuan sungai, pertemuan laut yang membentuk satu kehidupan yang menggabungkan ciri-ciri kehidupan di tanah dan juga di air.
Maka, kita sebutlah kita ini ialah tanah air.
Jadi, kita menyanyi lagu Tanah Airku kerana tanah dan air ialah sebahagian daripada kesebatian kehidupan kita.
Jadi, kita tidak boleh pisahkan.
Wallace’ Line, Teori evolusi dan Alam Melayu

Apabila menyebut tentang hal ini, kita perlu lihat, apa yang dikatakan Alam Melayu tadi atau Inggeris menyebut Malay Archipelago.
Antaranya ialah saintis Alfred Wallace, pada tahun 1867, beliau telah membuat kajian mengenai fosil-fosil yang ada di Asia.
Beliau ialah orang yang bertanggungjawab memberikan maklumat-maklumat mengenai fosil, mengenai hidupan-hidupan flora dan juga fauna di sebelah Nusantara.



Beliau memberikan maklumat itu kepada Darwin.
Lalu, Darwin dengan maklumat-maklumat itu dan Darwin tidak pernah sampai di Alam Melayu telah membuat ataupun menghasilkan satu teori yang dinamakan Teori Evolusi.
Ya, Teori Evolusi bersandarkan maklumat yang disampaikan oleh Alfred Wallace.

Alfred Wallace pula, apabila mengkaji flora, fauna, fosil dan seumpamanya, beliau telah mendapati bahawa di sana ada satu garisan yang memisahkan di antara Pentas Sunda ini ataupun kita kata Alam Melayu ini dengan alam sebelah sana yang dikatakan Pentas Sahul, iaitu Australia, Sulawesi, Bali dan seumpamanya.
Beliau membuat satu garisan yang dipanggil Alfred Wallace ataupun Wallace’s Line.
Wallace’s Line ini menunjukkan bahawa terdapat hidupan-hidupan di sebelah Nusantara, sebelah Alam Melayu ini yang tidak sama dengan hidupan-hidupan di sebelah garisan Wallace ini, dari Filipina, atas turun sampai ke Lombok.
Lombok dengan Bali itu ialah sempadan yang disebut oleh Alfred Wallace.
Jadi, apa yang ingin kita tekankan di sini bahawa tanah air ini ialah sebahagian daripada kehidupan orang Melayu, kehidupan penduduk induk bumi orang Melayu.
Apabila menyebut tanah air, kita tidak boleh lari daripada isu-isu tentang patriotik, isu-isu tentang penjajahan dan seumpamanya.
Kerana apabila kita menyebut tentang tanah air ini, maka kita ada rasa aura, semangat, jiwa kerana kita ialah penduduk induk.
Penduduk induk, maknanya penduduk asal, bukannya penduduk pendatang.
Jadi, istilah pendatang yang diberikan kepada orang yang di Nusantara ini atau Alam Melayu ini ialah satu kesilapan.
Kalau hari ini orang Melayu dikatakan kononnya pendatang ke Alam Melayu, ini ialah hujah yang ditolak kerana ciri-ciri orang Melayu yang dikatakan penduduk induk ini memang sudah ada di Nusantara, di Alam Melayu ataupun di Asia Tenggara.
Manakala penduduk dari Deka, iaitu orang yang berkulit hitam ataupun berkulit gelap sedikit, iaitu orang India tidak ada ciri-ciri itu di kawasan Alam Melayu dan mereka bukan penduduk yang mempunyai ciri-ciri itu.
Begitu juga dengan orang-orang dari Pentas Yangtze China, Taiwan, Jepun, mereka tidak ada ciri-ciri yang sama seperti mana ciri-ciri orang yang berada di tempat kita.
Jadi, sahlah bahawa penduduk induk di Nusantara ini dari satu tanah besar yang kemudiannya berpecah ialah orang sama yang kita letakkan di bawah rumpun, dikatakan rumpun Melayu.
Jadi, kalau ada suara-suara iblis yang membisik mengatakan Melayu pendatang, silalah tampal hujah ini di muka mereka.
Sekian.
Dirujuk kepada,
Datuk Paduka Prof Dr Supyan Hussin
Yang Dipertua Persatuan Ekskavasi Dan Akreditasi Warisan Malaysia (PEDAWAM)
Ketua Kluster Sidang Demi Malaiu