Sejarah

Siapa Itu Melayu?

Takrifan Melayu dalam perlembagaan persekutuan adalah seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu.

Melayu juga adalah seorang yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Melayu juga merujuk pada zuriat seseorang yang sedemikian. Takrifan ini tertakluk dalam Perkara 160 (2).

Secara kasar yang boleh dilihat dari perspektif perlembagaan ini ialah seseorang Melayu itu boleh dipanggil Melayu jika dia beragama Islam dan jika seseorang itu keluar dari agama Islam dia tidak lagi dianggap Melayu.

Demikian tafsiran secara kasarnya juga kita sering dengar Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam. Pasti ini mencipta kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Bagi yang faham maka fahamlah, bagaimana yang tidak faham dan semakin menjadi kecelaruan pada mereka?

Ini adalah takrifan yang tertulis, apa pula maksud tersirat disebalik ‘Melayu’? Dari mana pula datangnya perkataan ‘Melayu’ itu sendiri? Apakah sejarah disebaliknya?

Semua persoalan ini akan terjawab dalam Perbincangan Rakyat Demi Melayu Siri 20/2021, pada jumaat ini 29 Oktober 2021 yang bertajuk “Siapa Itu Melayu?”.

Teruskan menyokong PRDM bersiri dan PRDM Khas yang dibawa oleh Demi Malaiu. Moga terpupuk semangat menjaga Islam dan memartabatkan Melayu dalam diri setiap pembaca.

Perbincangan Rakyat Demi Melayu (PRDM) akan bersiaran secara langsung di Facebook Page Demi Malaiu https://www.facebook.com/demimalaiu/

Klik di sini : https://t.me/DemiMalaiu untuk menonton dan membaca content menarik dari Demi Malaiu.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker