Isu Semasa

Siapa Harimau Yang Mampu Tamatkan Normalisasi Budaya Songsang Atas Nama Seni?

Seni itu adalah sesuatu yang indah namun apabila ada pihak yang sengaja menormalisasikan budaya songsang atas nama seni, jelas ia wajar diperangi.

Namun demikian realiti di Malaysia kini, negara ini bagaikan kehilangan singa yang garang untuk menentang perkara ini secara strategik atau terbuka.

Kalau rakyat bertindak berlebih-lebihan, nanti ada pegawai daripada ibu pejabat sekian-sekian bertanya kenapa mengambil tindakan sendiri pula.

Kalau tidak diambil tindakan sendiri dan laporan dibuat ke atas jabatan-jabatan yang berkaitan, entah ke mana pergi laporan itu lalu hilang di makan waktu.

Sedangkan jabatan, agensi atau kementerian yang beroperasi haruslah menghormati Urusan Seri Paduka Baginda namun sejauh mana pelaksanaannya?

Mungkin hari ini kita melihat usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menampilkan single raya baharunya, Kelepok Raya sebagai bahan jenaka dan kritikan.

Lama-kelamaan, masyarakat pun jadi penat untuk menasihati dan berkata, “Kalau lapor dekat pihak tertentu pun, bukannya tindakan diambil pun.”

Kesannya budaya songsang ini diterima sebagai sesuatu yang normal dalam masyarakat berpunca daripada tiada harimau yang berani mengaum, perbetulkan keadaan.

Kita sedang menghampiri akhir zaman, esok lusa kalau ada pihak yang serupa membuat kontroversi tampilkan lagu raya penuh dengan elemen memuji dajjal al-masih secara terbuka pun tiada sesiapa berani menegur.

Hal ini demikian kita risau generasi pada ketika itu tinggalnya rakyat Malaysia yang berjiwa seperti tikus, yang menunggu masa untuk dihambat dengan penyapu!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker