Sejarah

Si Bongkok Tanjung Puteri, Kuatnya Luar Biasa Sampaikan British Pun Hilang Otaknya!

Kira-kira sekitar 200 tahun yang lalu, nama Si Bongkok cukup popular dalam kalangan penduduk Tanjung Puteri yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor.

Si Bongkok dihormati penduduk tempatan kerana baktinya menentang British yang cuba campur tangan dalam urusan pentadbiran bertahun-tahun.

Kisah perjuangan Si Bongkok berkisar semasa pemerintahan Temenggong Abdul Rahman, sebelum ketibaan Stamford Raffles di Johor – Singapura.

Menurut buku Si Bongkok Tanjung Puteri yang ditulis Abdul Latip Talib, nama asal Si Bongkok tidak diketahui tetapi beliau digelar begitu sejak dari kecil.

Hal ini kerana terdapat benjolan besar di bahagian belakang badannya sehingga Si Bongkok hanya mampu mengerukut, tidak boleh berdiri tegak.

Namun demikian, terdapat catatan yang menulis Si Bongkok ini merupakan anak kepada Inang dan Damak dan mempunyai seorang adik lelaki bernama Putih.

Kehidupan Si Bongkok dan Putih memang agak mencabar dan sukar semasa kecil kerana kedua-duanya kehilangan ibu bapa pada usia yang sangat muda.

Si Bongkok Menyanjung Raja, Menyanggah British

Setelah dewasa, Si Bongkok amat menyanjung raja dan sedia membela Tanjung Puteri dan Johor daripada terus diperkotak-katikkan.

Namun datang satu zaman, British cuba meluaskan pengaruh mereka dan pergunakan Temenggong Abdul Rahman untuk bertapak di Johor.

Ekoran peristiwa itu, Si Bongkok merasakan amat terhina dan begitu marah kepada British kerana agenda yang dibawa bertentangan dengan budaya orang-orang Melayu.

Maka bermulalah episod penentangan oleh Si Bongkok terhadap taktik kotor British dan pergolakan politik disebabkan campur tangan dan hasutan British.

BACA JUGA> Tujuh Orang Muar Atur Langkah Jebat Hingga Malayan Union Berjaya Digagalkan

Konflik terjadi dalam kalangan keluarga diraja dan Si Bongkok menyebelahi sisi Tengku Ali yang dikatakan merupakan waris sebenar Kesultanan Johor.

Disebabkan protes yang dibuat, British menggelarkan Si Bongkok dengan pelbagai gelaran seperti lanun, pembelot, penderhaka serta pembelot.

Sedangkan terang-terang Si Bongkok pertahankan tanah air dan keluarga diraja daripada terus dirosakkan British dengan agenda yang tertentu.

Niat Si Bongkok cuma satu, tampuk kepimpinan Kesultanan Johor dapat diserahkan kepada yang berhak dan British berhenti daripada terus menghasut.

Hal ini kerana sepanjang British campur tangan dalam pelbagai urusan, banyak kemudaratan terjadi dan menjadi mangsa adalah orang-orang Melayu yang dicuci otaknya.

Si Bongkok menyerang dan merompak kapal-kapal British di perairan Tanjung Puteri agar British hilang aset serta kekuatan dan disebabkan inilah Si Bongkok digelar lanun.

Kejayaan Si Bongkok melumpuhkan aset dan kekuatan British membuatkan suasana pelabuhan serta perairan di antara Tanjung Puteri dan Singapura menjadi huru-hara.

Namun demikian, ada juga pemimpin serta orang-orang yang kurang semak dakwaan British (berita palsu) terus mempercayainya bulat-bulat.

Si Bongkok tak pernah pun merompak kapal-kapal dagangan orang Melayu sebaliknya hanya ‘melanun’ kapal British dan mengambil segala harta untuk melumpuhkan kekuatan mereka.

Si Bongkok Mati Di Tangan Adik Sendiri

British menyuarakan keresahan hati mereka kepada Kerajaan Johor ketika itu dan disebabkan Kerajaan Johor mempunyai hubungan baik dengan British, langkah drastik dikenakan terhadap Si Bongkok.

Temenggung Abdul Rahman mengeluarkan perintah supaya Panglima Putih, adik kandung Si Bongkok sendiri supaya menghapuskan Si Bongkok yang dianggap sebagai musuh.

Kedua-dua adik-beradik ini mempunyai konflik yang tersendiri kerana Panglima Putih bekerja dan taat setia kepada Kerajaan Johor ketika itu.

Manakala Si Bongkok pula dibenci British sehingga digelar sebagai pembawa masalah yang harus dimatikan demi agenda dan misi British.

Namun disebabkan kedua-dua adik-beradik ini kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu Tanjung, ia memberi peluang kepada Panglima Putih untuk menamatkan riwayat abangnya.

Disebabkan kematian Si Bongkok itu, rakyat Johor semakin tegas mahu mengusir British kerana banyak membuat kekacauan yang luar biasa.

➡️ Sertai Group Telegram Demi Malaiu

AYUH SERTAI SERTAI PROGRAM KAMI. DAPATKAN SIJIL PENYERTAAN & T-SHIRT EKSKLUSIF. DAFTAR SEBELUM 15 MAC 2022. KLIK UNTUK MENDAFTAR!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker